Islamic Widget

"Hendaklah engkau jadikan dunia ini se0lah-0lah berdagang di negeri 0rg atau sebagai 0rg yg melintasi jalan...Ibnu Umar r.a. berkata, jika kamu berada di waktu petang janganlah kamu tangguh di waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah kamu tangguh di waktu petang..dan rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada di dalam keadaan sihat, sebagai persediaan di waktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati" (Al-Bukhari)

.::Pasti Ada..Insya'Allah::.

.::Pasti Ada..Insya'Allah::.

Sunday 25 September 2011

.::TEMAN::.

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang...

Teman......
adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya...
hargailah segala kenangan bersama meskipun hadirnya hanya seketika...
(T_T)

~Yang benar: aisya humaira/ ummu nu'aim~

Saturday 24 September 2011

.::K.I.S.A.H K.I.T.A::.

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang....

Tanggal 23/9/2011 bersamaan hari jumaat yg mulia menyaksikan kisah 4 0rg anak mudi menjejakkan kaki ke EDC h0tel UUM buat pertama kalinya.... harap je duk UUM, tp ni la 1st time pg EDC..hehe.. 0k la..ape yg ada kt EDC tuh..?? best sngat ke...aktiviti ape ek...

sebenarnya kami ada kursus pr0tokol anjuran College 0f Arts & science (CAS)...meskipun sy student College 0f Business (C0B), namun sy turut menyibukkan diri untuk j0in MEREKA (merujuk kpd anis, kak siti dan ina)...syg k0rang selamanya <3.... dah anis ajak, maka dengan hati yg besar, turut mendaftarkan diri bersama MEREKA.... kursus pr0tokol yg berlangsung setengah hari itu mengajar kami etika dan pers0naliti diri...hihi~~ kursus ni wajib d ambil 0leh semua student, dan rata-rata yg hadir adalah pelajar semester akhir...dewan telah penuh, dan kami memilih untuk duduk d meja paling belakang sekali...1 meja bulat diisi 0leh 10 0rg, dan kami sempat menjalinkan silaturrahim dengan student se"table" kami....ukhuwah fillah abadan abada ya sahabati...(^_^)v

                                      ~Anis.. lina...dan kak siti.. ukhuwwah fillah abadan abada~

cantik jugak landskap kt sekitar EDC ni....sempat jugak kami bergambar, untuk kenang-kenangan la katakan...





0kkk.....berbalik kt EDC, kursus ni ajar tatatertib nak makan...hidangan pertama adalah sup cendawan bersama bun r0ti..hidangan kedua adalah chicken ch0p dan desert adalah aiskrim...semuanya berjumlah RM 10 + free talk...bukan tu je, disamping itu, dia ajar cara-cara pemakaian untuk hadir interview, dan majlis-majlis f0rmal....sekurang-kurangnya, dapat la ILMU baru kan...

~Yang benar :aisya humaira /ummu nu'aim~


Wednesday 21 September 2011

.::Tika SAAT ini::.

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang...

seandainya kita tahu perancangan Allah, pasti sekali kita akan sentiasa mensyukuri setiap pemberian Nya..meskipun ia datang dlm bentuk ujian mahupun kesenangan...namun, segalanya akan menjadi rahsia..kerana DIA maha tahu..sedangkan kita ini tidak tahu.... namun, apa yg daku harapkan adalah mudah-mudahan perancanganku SAMA dengan perancangan Allah...(T_T)

kadang-kadang...kita cuba berlagak tenang depan kawan-kawan, namun hakikatnya hanya Allah tahu apa yg tersirat dlm sanubari kita...kawan anggap kita kuat dan tabah, tapi sebenarnya kita lemah...tiada siapa tahu saat hati kita sedang merintih...kerana tika saat itu, jerit tangis, esakan pilu, dan nilai air mata itu hanya diri dan TUAN EMPUNYA DIRI yg tahu...sebaik-baik tempat untuk mengadu adalah pd Nya...kerana hanya DIA yg fahami isi hati kita..kerana r0h, jasad, hati dan perasaan ini adalah milik Nya yg mutlak...maka DIA lah saja yg paling memahami antara semuanya (T_T)....

jgn biarkan hati berbicara tentangnya...biarkan saja lafaz itu tersimpan..dia tidak perlu tahu dan kata-kata itu tidak perlu untuk diluahkan...jagalah MALU mu...cukuplah sekadar mencintai dia dlm DIAM....dari kejauhan dgn kesederhanaan & keikhlasan..kerana Allah semata-mata..kerana Allah mendengar lagi maha mengetahui...Allah sebaik-baik perancang dan Allah jualah yg memberi dan menentukan..sepertinya cinta saidatina fatimah az-zahra dan saidina ali karamallahuwajhah.....andai j0doh itu ada, maka dekatkanlah...namun, andai dtakdirkan ia tidak bersama, maka jauhkan dan damaikanlah kedua-duanya...andai rindu itu SUCI, maka kuatkanlah..dan biarkanlah ia mengalir mengikut acuan Mu yg sebenar ya Allah....d0a harus dlm hati...(T_T)

jika kita berhajat pd makhluk, bukan kpd makhluk tempat kita meminta, tetapi kpd Allah lah tempat untuk kita meminta yg selayak-layaknya....kerana makhluk itu dtgnya dr Allah swt...dan Allah lah yg memegang jiwa hamba-hamba Nya...0leh itu......m0honlah pd Allah swt...
  
~tidak bertemu MATA...tidak bertemu SUARA..tidak mengungkap JANJI...tidak bermadah CINTA..cukuplah kata mengingati ALLAH..cukuplah nasihat serta teguran..cukuplah aku tahu kau punya AGAMA & IMAN..HATI kita ALLAH yang punya..HATI kita ALLAH yang jaga...berDOAlah...kerana itu SENJATA kita..andai TAKDIR hidup bersama...pasti ALLAH akan mempermudahkan JALANnya~

~Yang benar: aisya humaira /ummu nu'aim~

Tuesday 20 September 2011

.::PERINGATAN buat DIRI yg sering ALPA::.

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang...

ya Allah...sesungguhnya hanya Engkau yg mengetahui niat dan keuzuranku...maka ampunilah diriku ini ya Allah...(T_T) hamba Mu ini lemah dan tidak berdaya..maka Kau kuatkanlah HATI nya, tebalkanlah IMAN nya...dan terimalah AMALAN nya...

wahai manusia....tinggalkanlah segala d0sa..yg besar mahupun yg kecilnya..seperti yg dilakukan 0leh 0rg yg bertaqwa...jadikan dirimu bagaikan 0rg yg berjalan d tanah yg penuh berduri..d mana mereka akan sentiasa mewaspadainya apa yg d lakukan serta apa yg d lihatnya...janganlah kamu sesekali meremehkan d0sa-d0sa kecil.......kerana sesungguhnya gunung juga berasal dr t0mpokan batu kerikil yg kecil...(T_T)

sesungguhnya d0sa-d0sa kecil lambat-laun akan menjadi d0sa yg besar...dan ia akan masih tercatat d sisi TuhanNya walau lama manapun ia, melainkan dia telah bertaubat dengan taubat yg sebenar-benarnya..0leh itu..kekanglah hawa nafsumu dan jangan sesekali biarkan ia bebas hingga susah untk dikendalikan..dan tetaplah berhati-hati dengan waspada yg sebenar-benarnya.. bukankah 0rg yg mencintai TuhanNya, mengekang hawa nafsunya dengan menggantikan kepada tafakkur..?? buat diri...mintalah hidayah dr Tuhan Mu....agar bisa hawa nafsumu dipadamkan......dan cukuplah bagimu Tuhan yg akan memberikan kamu petunjuk dan nusrah.....(T_T)

"Termasuk kebaikkan Islam sese0rg ialah meninggalkan hal yg tidak penting baginya..." (al-hadis)

~Yang benar: ummu nu'aim/ aisya humaira~

.::P0nteng KELAS::.

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang...

Alhamdulillah...sedikit hari lagi, encik "C0mpaq" akan pulang...mujurlah encik "C0mpaq" berjaya d selamatkan, kalau x, terpaksa la beli encik "Toshiba" pula...hikmah..hikmah..alhamdulillah (^_^)v... terima kasih daun keladi kepada anak encik 0mar, Hanisah...dan anak encik Harun, dell...kerana meminjamkan "harta" mereka kpd sy..hehe..baru tau, erti sebuah KEHILANGAN meskipun sekejap..rindu pd encik "C0mpaq" tidak terperi..segala macam benda beharga duduk dalam tu, alhamdulillah, j0doh kita semakin panjang nampaknya..hihi... n0ta-n0ta qawaid fiqh yg dikumpul sepanjang 3 bulan cuti, lagu nasyid yg banyak d d0wnl0ad semuanya dlm tu..belum lagi "page" yg telah d b0ookmark dengan harapan, akan baca d kemudian hari, semuanya masih selamat..alhamdulillah....syukur sangat-sangat..

sem baru...semangat pun baru..namun, impian lama masih "beratur panjang" d benak fikiran.. sem ni, ser0nok cikit, sebab hari selasa, CUTI..hehe..baru sem ni, dapat merasa nikmatnya cuti hari selasa...cadangan awal, akan study sama-sama dengan kak liza dan atilia..l0kasi..?? surau misc laa..hihi... sem ni, subjek sedikit berat, tp sedikit relaks berbanding sem-sem lepas..kalau sem yg lepas-lepas, ambil sampai 18 jam kredit..ya Allah..jenuh pulak bila exam deret-deret pulak tu..semput rasanya...haha.. Untuk sem ni pulak cuma ambil subjek Pelaburan Islam, Perakaunan Islam, Qawaid fiqh, Mikr0ekonomi, Pengurusan Kewangan Islam, Regulasi Kewangan dan Perbankan Islam sambil d temani k0-k ker0hanian 4...mujur k0-k s0kmo dapat A..hehe..alhamdulillah....nak ambil takaful, banyak waktu yg dh "clash" dah, maka subjek tersebut terpaksa d "dr0p' kan dan ia akan d simpan untuk sem depan la nampaknya.... "Islamic Business Sch0ol" merupakan fakulti d bawah C0B..dan sy bangga menjadi warga IBS... (^_^)v 

Aktiviti hari ni..pg kelas cam biasa...stiap hari kelas bermula pkul 8...kelas pukul 8 pg adalah waktu kemuncak pelajar berebut-rebut untuk naik bas...haiii, lemah betul teng0k d0rang ni berebut-rebut..nak cakap cerdik, memg dah terlebih cerdik kan..masakan blh masuk U kalau xbijak....macam-macam gelagat, ada yg tersepit kt pintu, ada yg tercicir kasut masa nak naik tangga bas, dan ada juga yg "surrender" sbb xtahan dengan situasi rebut-merebut...rela tunggu bas lain, dan alamatnya lewatla masuk ke kelas..huhu..

Semenjak dewan kuliah 6 wujud, hidup sedikit kucar-kacir...haha.. dala DK6 tu, l0kasinya hujung dunia..jenuhla nak menapak dari DK3....bukan stakat tu je, kini DK6 tu dah jadi sepenuhnya milik C0B, jadinya...setiap hari akan ada kelas kat sana...macam td, terpaksa skip satu kelas, gara-gara lecturer pindah ke kelas DK6...kelas asal sebelum ni kat BT DK5....0hh puan..kalaulah puan upl0ad awal-awal dalam p0rtal kami, xdelah kami membazir masa mencari kelas puan...bayangkan...DK6 yg baru tu, banyak sekali bl0knya..dengan xde papan tanda, f0r sure student xjumpa kelas....merewang-rewang kami cari kelas, lebih setengah jam jugak laa, akhirnya jumpa pun, tu pun setelah pusing sekitar DK6 yg agak-agak besar tu..stress..!! bila dah jumpa kelas, ingat nak masuk..tp tergendala pulak, sbb teng0k puan dah ngajar...budak-budak lain cam khusyuk je dengar penerangan puan yg berjela-jela tu..kami nak masuk, tp takut kena "Sound" pulak...maklumlah, puan agak garang meskipun bertudung labuh..kecut jugak perut kalau tiba-tiba puan halau kami 0n the sp0t....sadisnya epis0d hari ni (T_T)... jam menunjukkan waktu 4.10 ptg, ati dah c0nfirm xnak masuk kelas, begitu jugak kak liza....ad0iiii.... kak sarah pun sama....huk3.....entah apelah yg puan ajar ptg td.....ruginya xdapat ilmu untuk subjek Pelaburan Islam..(T_T)

tengahari td....se0rang cik yg ajar kami subjek IFM dan Regulasi telah menumpangkan kami pulang dengan keretanya....mujur cik sangat sp0rting, maklumlah, jarak umur yg tidak jauh menyebabkan kami melayannya umpama "kakak" seni0r merangkap pensyarah...untungnya, muda-muda dh jadi pensyarah...cik tu sangat mesra dengan kami..hehe...saja sy bersel0roh dengganya, "cik....nak tumpang naik kereta cik blh..?? ''eh2...blh2...mai lah katanya..." alahaiii..cik ni, sy gurau je..menyusahkan cik je...hihi... "xdelah...dah alang-alang kan, tumpang la sy sekali..." hehehe.....cikkk...kami syg cik..(bukan ambil kesempatan, tp sungguh kami penat sangat...DK6 kan jauh)..."sy xkisah la, xpe, blh je tumpang sy"..."kalau cam 2, kami belanja cik makan laa''..., "laa....xpe2...hehe, blh je lainkali" katanya lagi.... "em, xpernah lagi jumpa lecturer se"sp0rting" cik ni....lalu cik pun tergelak...cik ni c0mel pulak laa...(,") manis sekali senyumannya....heee~~

segan pulak tumpang kereta 0rg saja-saja...kalau sekali-sekala xpelah..hehe... terima kasih cik... kami akan belajar dan sk0r A untuk paper cik yee..insya'Allah..d0akan kami (^_^)v....sekian.....aktiviti harini..xpenting pun nak p0st..sekadar suka-suka je, bila-bila nti teringat kat cik yg baik hati ni..dan juga DK6 yg menyimpan 1001 rahsia...hahaha

Sunday 18 September 2011

.::PENTINGNYA TARBIYYAH::.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Salam nur Iman dan salam nur Islam... bicara ana kali ini adalah tentang kepentingan tarbiyyah.. apakah itu tarbiyyah..?? tarbiyyah adalah institusi pendidikan..tarbiyyah sangat penting bagi setiap jiwa yang bernyawa....hati kita ibarat p0hon yg memerlukan siraman TARBIYYAH sentiasa....jadi, kita hendaklah USAHA untuk itu....ana akui, untuk tarbiyyah diri sendiri bukanlah mudah kan.. 0rg yg gagal adalah mereka yg sering memberi 1001 pelbagai alasan...bila kita banyak memberi alasan itu dan ini, bagaimana RAHMAT Allah nak datang pd kita..?? astaghfirullah...ya Allah..daku mem0hon keampunan buat diriku yg jahil lagi hina (T_T) mari kita lihat sama-sama rujuk tafsir...

Firman Allah :

"Dan 0rg-0rg yg berjihad (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kpd mereka jalan-jalan Kami...dan sungguh Allah beserta 0rg-0rg yg baik..." (QS 29:69)

Lawan bagi bijak adalah jahil/ tidak tahu/tidak bijak @ b0doh (maaf, bunyinya sedikit kasar namun itulah hakikatnya....apakah hubungan antara jahil dan tarbiyyah sebenarnya..?? jika kita teliti, umat jahiliyyah itu ciri-cirinya ada 5 :

1) BODOH

"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kpd langit, bumi, gunung-ganang..tetapi semuanya enggan untk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu d pikullah amanat itu 0leh manusia..sungguh, manusia itu sangat zalim dan b0doh.." (QS 33:72)

2) HINA

"Sungguh Kami telah menciptakan manusia dlm bentuk yg sebaik-baiknya, kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yg serendah-rendahnya.."  (QS 95:4-5)

3) MISKIN

""Wahai manusia! Kamulah yg memerlukan Allah, dan  Allah Dia lah yg maha kaya (tidak memerlukan sesuatu), maha terpuji..." (QS 35:15)

4) LEMAH

"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.." (QS 4:28)

5) BERPECAH-BELAH

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pd tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai...dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga dgn karuniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ketika itu, kamu berada d tepi jurang api neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dr sana..Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya agar kamu mendapat petunjuk..." (QS 3:103)

sesungguhnya umat jahiliyyah itu berada dlm kesesatan yg nyata...k0ndisi umat akhir zaman kini seakan-akan kembali menjadi umat jahiliyyah zaman dahulu bukan..?? lihat saja persekitaran kita...dengan isu s0sial seperti pembuangan bayi, pergaulan bebas antra lelaki dan perempuan, dan banyak lagi...ini adalah budaya tidak sihat yg telah menyerap pemikiran muda-mudi masa sekarang melalui "perang saraf"...insya'Allah, ana akan bicara tentang tajuk itu d entry yg akan datang...

"Dia-lah yg mengutus se0rg rasul kpd kaum yg buta huruf dr kalangan mereka sendiri, yg membacakan kpd mereka ayat-ayat Nya..menyucikan jiwa mereka dan mengajarkan kpd mereka Kitab dan Hikmah (sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yg nyata..." ( QS 62:2)

jadinya...Allah telah mengutuskan penyelamat..hanya Allah yg b0leh menyelamatkan mereka melalui lidah rasul Nya...

"Sungguh, Allah telah memberi karunia kpd 0rg2 yg beriman ketika Allah mengutus se0rg rasul (Muhammad) d tengah-tengah mereka dr kalangan mereka sendiri, yg membacakan kpd mereka ayat-ayat Nya, menyucikan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kpd mereka Kitab dan Hikmah (sunnah), meskipun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yg nyata... (QS 3:164)

tilawah...Allah seru supaya kita sentiasa tilawah...supaya jiwa kita dapat disucikan..

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-Mu yg menciptakan.." (QS 96:1)

"demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan) Nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung 0rg2 yg menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi 0rg yg mengot0rinya...(QS 91:7-10)

Al-Quran itu mengajarkan ped0man...firman Allah :

"Tidak mungkin bg sese0rg yg telah dberi kitab 0leh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kpd manusia, "Jadilah kamu penyembah ku, bukan penyembah Allah.." tetapi dia berkata, "jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya.." (QS 3:79)

Antara kenikmatan besar yg akan d per0lehi melalui tarbiyyah itu sendiri adalah...kita dapat mengetahui tentang cabang ilmu dunia dan juga akhirat...bukan itu sahaja, kita juga akan ber0leh kemuliaan d sisi Allah swt d samping menjadi sumber kekuatan dan sebagai lambang penyatuan/persatuan dalam membentuk KHAIRA ummah dan menegakkan syiar Islam...insya'Allah...

Untuk dekat dengan Allah, kita hendaklah taat melaksanakan apa yg Allah telah perintahkan, dan menjauhi segala larangan Nya...bila kita dekat dengan Allah sejengkal, maka Allah akan dekat dengan kita sehasta..bila kita berjalan menuju Allah, Allah akan berlari lebih dekat dengan kita...lihat....begitu kasih dan sayangnya Allah pd kita bukan..?? (T_T)

~Yang benar: Ummu nu'aim/aisya humaira~

Tuesday 13 September 2011

.::UJIAN dan REDHA::.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Ujian dan dugaan..wahai hati..tetaplah bersabar d atas segala musibah yg menimpa mu.... sesungguhnya diri ini tidak punya apa-apa..segala apa yg kamu miliki kini, bukanlah milikmu..ianya adalah milik Allah swt.. 0leh itu, mengapa kamu perlu bersedih hati..?? Baru-baru ni...lapt0p ana telah r0sak..lapt0p yg baru dipakai selama 3 sem telah pun r0sak, puncanya adalah kerana 'motherb0ard'...blh nak '0n', tapi skrin xde keluar apa-apa pun..musykil kan...mula la terbit rasa SEDIH yg amat sangat bila dapat tahu lapt0p r0sak..Allahu Allah.. inilah manusia, baru Allah uji sikit je, terus mengeluh dan berkeluh-kesah..astaghfirullah...daku mem0hon keampunan buat diriku ya Allah... 

Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 155 yg berbunyi :

"Dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada 0rg-org yg sabar.."

Aturan Allah sangat baik dan teliti...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedangkan kita ini tidak mengetahui...segala-galanya dalam rahsia Allah..maka, kita hendaklah sentiasa berbaik sangka padaNya... 

teringat pula ana ketika nak mem0hon menyambung pengajian d peringkat degree...ana telah isi b0rang UITM dan UUM secara 0nline...ya Allah, ketika itu rasa hati mengatakan "pasti berjaya" ke uitm...yela, kalau difikirkan l0gik akal, cawangan UITM kan banyak, mustahil lah sekiranya tidak terpilih... Sebenarnya ana isi b0rang UUM tu, saja-saja je pun..mana lah tahu kalau-kalau rezeki d sana kan..namun yg pastinya , UUM bukanlah pilihan d hati ini... namun Allah yg Maha Kuasa telah menakdirkan rezeki ana bukan d UITM...ketika jawapan perm0honan sampai d rumah, ternyata jawapan tersebut sangat mendukacitakan.... sungguh ketika itu, hati sangat sedih ( T_T).. se0lah-0lah peluang untuk ke menara gading telah tertutup buat diri ini...macam-macam andaian dan sangkaan timbul d benak... ya Allah... untuk merawat hati yg KECEWA bukanlah perkara yg mudah, lebih kurang 3 hari juga masa yg diperuntukkan untuk betulkan em0si ni..

Sepanjang hati sedang KECEWA, ana cuba berbaik sangka...dan ana cuba terima kenyataan yg rezeki ana bukan d sana.... REDHA adalah jalan terbaik..kerana perjalanan hidup ini telah ditentukan sepenuhnya 0leh Allah swt..sedikit demi sedikit, hati ini mula berlapang dada...alhamdulillah..hati juga dapat menerima kenyataan tersebut bahawa diri ini tidak akan menjejakkan kaki ke menara gading dalam masa terdekat... 

Duhai hati..belajarlah untuk REDHA dan menyebutkan "innalillahi wa inna ilaihiraajiun" setiap kali ditimpa musibah...darinya kita datang dan kepadaNya jua lah tempat kita kembali...betulkan segala sangkaan yg bersarang...kemudian ucapkanlah d0a ini.. d0a ini ana baca jika ditimpa musibah bagi mendapatkan hakikat REDHA...

"Ya Allah..daku redha dengan ujian Mu...maka ganjarkanlah daku dengan pahala.. ya Allah...daku telah (sebutkan musibah yg menimpa), maka, Kau gantikanlah ia dengan yg lebih baik.."

Sebenarnya...Allah nak bagi kebaikkan pada kita..tapi sebelum tu, Allah akan uji dengan memberi musibah dulu...dengan syarat, kita perlulah redha dan yakin dengan Allah swt...kerana...bila mana satu benda Allah tarik dr kita, Allah pasti akan GANTI dengan yg lebih baik lagi..insya'Allah..(^_^)

Alhamdulillah..........selang 2 hari selepas hati berjaya dijinakkan, Allah telah beri khabar gembira pd ana... surat jawapan dr UUM telah pun selamat berada d tangan, dan keputusannya sangat SUKACITA... Lihat...Allah telah GANTI dengan yg lebih baik...jadi...jangan bersedih ye wahai hati..pasti ada hikmah yg kita sendiri pun tidak tahu, namun ianya pasti terbaik d sisi Allah swt...

~Yang benar: Ummu nu'aim/ aisya humaira~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...