Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang....
********************************************************************************
insya'Allah....sambungan dari tajuk IKHTILAT...
Jika kita teliti semula konsep Jahiliyyah, maka ia berbalik semula kepada konsep “tidak cerdik” atau nama lainnya disebut “bodoh”. Mari kita lihat peta minda di bawah yang menghubungkan konsep-konsep asas Jahiliyyah, dimana 4 aspek ini terkandung dalam intipati "JAHILIYYAH" itu sendiri. Pertamanya adalah kebodohan diikuti kesesatan...seterusnya kehinaan dan akhir sekali adalah berpecah-belah. (Maaf, ilustrasi melalui peta minda tidak dapat ditunjukkan disini,lalu ana tulis pointnye saja).
Apabila kita melihat kepada cabang-cabang peta minda di atas, dapat kita simpulkan bahawasanya Zaman Jahiliyyah itu terdiri daripada umat yang bodoh dan sentiasa berada dalam kesesatan. Ditambah lagi, jika umat tersebut melakukan kemaksiatan dan ingin terus berada dalam keadaan kejahilan,maka dia akan tergolong dalam umat kehinaan. Na’uzubillah miin zaalik. Maka, apabila umat itu berada dalam kehinaan, secara automatiknya akan berlakulah persengketaan dan akan menimbulkan perpecahan,dalam erti kata yang lain, “nafsi-nafsi”. “Nafsi-nafsi” merujuk pula kepada hal yang dilakukan secara sendiri, misalnya (“kerja aku, kerja aku. Kerja kau, kerja kau, dan aku tidak masuk campur ”).
ALLAH swt telah berfirman di dalam al-Quran. Mari kita rujuk surah Al-Qiyamah, ayat 4 dan 5, insya’ALLAH.
“ (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.”
(Al-Qiyamah : 4)
“ Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus-menerus.”
(Al-Qiyamah : 5)
Dikatakan bahawa sesungguhnya semua hidupan di muka bumi ini diciptakan untuk memberi manfaat kepada manusia. Lihat saja pada penciptaan langit dan bumi, bulan dan matahari, air dan seisi dunia ini,semuanya telah ALLAH swt sediakan untuk kita hamba-hambaNya, tetapi amatlah sedikit kita bersyukur. Astaghfirullah.
Akhlak pula adalah sistem perlakuan secara menyeluruh yang meliputi budi pekerti, kelakuan dan tabiat yang menjadi sebahagian daripada peribadi manusia. Ia meliputi cara individu itu bertindak dalam hubungannya sesama manusia, dengan alam sekitar, dan dengan penciptaNya. Akhlak manusia mestilah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Oleh sebab itu, akhlak adalah asas pembentukan tingkah laku manusia yang dinilai melalui amar makruf nahi anil mungkar.
Berbalik semula pada persoalan kita yang utama, iaitu ikhtilat, bagaimana pula dengan kita? Saya akui, sebagai seorang mahasiswi, ikhtilat antara muslimin dan muslimat ternyata berada di tahap yang sangat membimbangkan. Masakan tidak, berdua-duaan di kafe, sambil menjamu selera, dan adakalanya kedengaran nada-nada suara yang manja sambil cuit- mencuit antara satu sama lain. Antara jenis-jenis Ikhtilat :
JENIS-JENIS IKHTILAT TANPA BATASAN
1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, " Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!" Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil "warak berbungkus".
2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama 'meeting' ditempat-tempat yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.
3. "Chop awal2" Untuk berkahwin
"Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang." Akhawat belum tamat belajar sehingga 'dichop' seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada 'chop awal' atau bertunang terlalu lama.
Dengan kata mudah 'kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan. '
4. Telefon Tidak 'Urgent'
Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan ALLAH nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku
5. SMS Tidak 'Urgent'
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da'wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga ALLAH SWT.
6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi saw melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang 'gentleman' dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.
7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak 'Urgent'
YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da'wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Firman Allah swt :
Rasulullah s.a.w bersabda,
" Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR. Ahmad)
Astaghfirullah. Adakah ini balasan seorang anak kepada ibu bapanya? Bukankah ibu bapa sangat mengharapkan kecermelangan dari anaknya yang berada jauh di mata, demi menuntut ilmu? Tapi ini pula yang si anak lakukan dibelakang ibu bapanya. Duduk berdua-duaan tanpa segan silu sambil berpegang-pegangan tangan. Adakah ini akhlak peribadi mukmin yang sejati? Maksiat bermaharajalela dan maksiat ada di mana-mana. Astaghfirullah. ALLAH swt telah befirman :
“ Sesungguhnya kerosakkan di muka bumi ini adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia”
“ Takutilah ALLAH swt dalam perkara zina”
Sama-samalah kita renungkan,supaya kita dapat mengambil iktibar daripada kisah ini. Apakah usaha kita selaku seorang Islam? Di manakah usaha kita dan apakah sumbangan kita terhadap Agama kita?
Tepuk dada tanyalah Iman,wahai saudara-saudara seakidahku. Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada hasil kita, tetapi apa yang ALLAH lihat sebenarnya adalah usaha kita. Apakah kita mampu untuk melaksanakan amar makruf nahi anil mungkar? Dimanakah tahap Iman kita kini? Sesungguhnya Iman itu sangat senang untuk naik,Alhamdulillah. Dan senang juga untuk turun, na’uzubillah. Apakah hanya yang bergelar ulama’ saja yang berhak untuk menegur akhlak muda-mudi zaman ini? Tidak. Tidak sama sekali. Tugas untuk mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikkan adalah tugas semua umat Islam, tidak kira ketika itu dia mampu atau tidak mampu, kuat atau tidak kuat, perlu juga untuk berusaha mencari kekuatan agar mampu untuk membuat usaha dakwah ini.
Sungguhpun demikian, kita haruslah mempelajari Ilmu Agama dengan lebih lagi, untuk kebaikkan kita juga. Dan untuk memperolehi ilmu,maka kita perlu berusaha ke arah mencari Rahmat dan Redha ALLAH swt. Mudah-mudahan kita semua beroleh Mardhatillah hendaknya, amiin. Insya’ALLAH.
Sebenarnya, asbab usaha dakwah inilah, ALLAH mengangkat darjat umat Nabi Muhammad saw. Ya ALLAH, beruntungnya kami kerana tergolong did lama golongan umat Nabi Muhammad saw. Terimalah sujud syukur kami ini ya Allah. Seperti yang kita ketahui, umur umat Nabi Muhammad tidaklah lama, sebagaimana umur umat nabi-nabi yang terdahulu, tetapi Allah begitu kasihkan kita, maka Allah memberi tugas menyebarkan dakwah ini. Sebenarnya, ALLAH tidak memerlukan kita pun untuk menyebarkan AgamaNya, tapi disebabkan sifat kerahiman dan kaih sayangNya kepada kita, selaku hamba-hambaNya, maka tugas ini/ tugas untuk memikul amanah sebagai khalifah ini diberikan juga kepada kita. Sungguh tidak bersyukurnya kita kerana mengingkari suruhan-suruhan ALLAH swt dan kita seringkali berada dalam kelalaian. Lalai dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara ini. Nikmat Tuhan manakah yang aku dustakan?
Sama-samalah kita ada fikir risau tentang umat akhir zaman ini, kerana nabi kita, nabi yang Ummi, Nabi Muhammad saw sebelum wafatnya baginda, baginda sentiasa fikir risau akan umatnya. Tapi kita ini, adakah kita juga ada fikir risau sebagaimana nabi fikir risau pada kita? Bangunlah wahai mujahid dan mujahidah Islam!
USAHA-USAHA YANG PERLU DIAMBIL BAGI MENANGANI IKHTILAT
A. Peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk peribadi dan sahsiah
diri anak-anak.
Nabi Muhammad saw ada bersabda :
“Anak umpama sehelai kain putih. Ibu bapa lah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi”
Didikan Agama perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi, bahkan didikan dalam Islam bermula seawal bayi masih di dalam kandungan perut ibunya. Seterusnya, didikan akan dilakukan berperingkat secara berperingkat mengikut peningkatan umur anak. Selain itu, ibu bapa hendaklah berusaha untuk wujudkan suasana madrasah dalam rumah, iaitu suasana Iman dan Amal, untum mendapatkan didikan Agama yang lebih sempurna. Sesungguhnya madrasah bagi anak-anak kita adalah di atas riba ibu-ibu.
Ibu selalunya lebih rapat dengan anak, ibu boleh dekatkan anak-anak dengan kisah-kisah rasullullah saw dan para sahabat untuk membentuk akhlak dan peribadi anak-anak mereka.Ibu bapa juga bolehlah mengajar anak-anak mereka dengan doa-doa masnun dan sunnah rasulullah saw dalam setiap perbuatan harian mereka. Rasulullah berpesan kepada kaum ibu, supaya mengajar anak mereka dengan 3 perkara ini, iaitu, “ Cinta kepada Nabi mereka, Cinta kepada ahli keluarga dan bacalah Al-Quran.
Sabda Rasulullah saw lagi,
“Ibu-ibu yang tinggal bersama anak-anak mereka di rumah akan tinggal bersama-sama denganku di dalam syurga kelak.” Insya’ALLAH.
B. Peranan sekolah / IPT dan badan-badan kerajaan yang terlibat
Bagi membendung masalah ikhtilat/ akhlak remaja dari mula, pihak sekolah haruslah memantau sebarang aktiviti dan kegiatan pelajar, kerana pelajar lebih banyak menghabiskan masa di sekolah berbanding di rumah, begitu juga di pusat-pusat pengajian tinggi yang lain, rata-ratanya mereka tinggal berjauhan dengan ibu bapa masing-masing. Disebabkan oleh factor persekitaran, ia sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan para remaja.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh diwujudkan ialah, mengadakan seminar atau kursus yang lebih menjurus kearah mendidik jiwa, rohani dan spiritual, supaya mereka ini tidak terjebak sama sekali dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Pihak university harus mewujudkan unit-unit kecil bagi memantau ikhtilat mahasiswa/mahasisiwi di kampus, misalnya rondaan oleh Rakan Masjid. Selain itu, mengenalpasti tempat-tempat yang boleh dijadikan tempat untuk bermaduasmara, misalnya di tasik-tasik atau sebagainya. Pihak university juga harus menguatkuasakan undang-undang yag telah digubal, misalnya bagi pelajar yang berdating, akan dihadapkan ke unit disiplin serta deberi kaunseling berupa ceramah kerohanian dan bimbingan kaunseling.
Sekiranya usaha dari mula tidak dilaksanakan, maka, kita khuatir masalah ini akn menjadi lebih berat lagi.
C. Peranan untuk membentuk diri sendiri dari terjebak dengan masalah ikhtilat.
i- sentiasa menyucikan hati setiap masa, dengan memperbanyakkan zikrullah. Ketahuilah, dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang.
ii-sentiasa mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, misalnya menghadiri majlis dan kuliah Ilmu, untuk meningkatkan Iman di hati.
iii-menjaga adab dan batas-batas pergaulan dengan mengikut kehendak dan syariat Islam.
iv-menjaga akhlak dan tingkahlaku supaya sahabat-sahabat yang lain akan berusaha untuk memperelok akhlak diri mereka.
v-sentiasa duduk di dalam kelompoh jemaah/orang alim
SUMBER RUJUKAN
2. Dr Muhammad Abdul Hai, cetakan 2008, Kitab Amal Ibadat cara Rasulullah SAW,
Klang Book Centre.
3. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, cetakan pertama 2008, Tafsir Al-Quran dan
terjemahannya, Dar El-Fajr
4. Helaian kertas usrah Puan Nurul Huda, ta'lim dan ta'lum
5. Usrah dan diskusi Ilmu oleh Syakirah