Islamic Widget

"Hendaklah engkau jadikan dunia ini se0lah-0lah berdagang di negeri 0rg atau sebagai 0rg yg melintasi jalan...Ibnu Umar r.a. berkata, jika kamu berada di waktu petang janganlah kamu tangguh di waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah kamu tangguh di waktu petang..dan rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada di dalam keadaan sihat, sebagai persediaan di waktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati" (Al-Bukhari)

.::Pasti Ada..Insya'Allah::.

.::Pasti Ada..Insya'Allah::.

Wednesday 29 February 2012

.::Tarbiyyah mmg MAHAL::.

Bismillah...
"TARBIYAH itu mahal...sungguh, 0rg yg kaya (cintakan tarbiyah) dan 0rg yg inginkan kekayaan (inginkan tarbiyah) shj yg mampu membelinya..."

rugilah 0rg yg PERNAH d tarbiyah , tapi melepaskan ikatan tarbiyah itu...dan rugilah org yg d TAKDIRkan untuk menerima tarbiyah , tapi dia MENOLAK tarbiyah itu sndiri....
p/s : j0m tamakkan akhirat..hehehe.. ingatlah, tarbiyyah Allah itu sangat indah..!! xpercaya ke..?? percayalahhh...dan Allah punya BANYAK CARA utk MENEGUR kita!! 0leh itu.........sila berlapang dada tau..meh sama2 rujuk tafsir ayat ni.. (QS fathir :15-17)
 Wahai manusia! Kamu adalah orang yang faqir (berkehendak) kepada Allah...dan Allah, Dia adalah al-Ghaniy (Maha Kaya), lagi al-Hamid (Maha Terpuji)...jika Dia (Allah) menghendaki, nescaya Dia (Allah) memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru...Dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah...
~m0de:mari muhasabah diri..biarlah kita menjadi 0rg yg mengganti dan bukan 0rg yg diganti seperti dlm firman Allah (T_T)~ 

Saturday 18 February 2012

.::Cuti di BANGI:.

Bismillah...

kini berakhirlah cuti semester bagi sesi 2011/2012....alhamdulillah...cuti yg dihabiskan TERISI juga akhirnya dgn menghadiri pr0gram-pr0gram yg bermanfaat...alhamdulillah, segala puji bg Allah yg sentiasa 'mel0rongkan' hamba Nya ini utk melakukan kebajikan serta ketaatan..dan ingatlah, ketaatan hanyalah pada perkara kebaikkan sahaja ye..sungguh, semua ini adalah karunia dr Allah swt....sem0ga kita akan tetap terpilih dan dipilih 0leh Allah dlm usaha menegakkan syiar Islam...amiin..insya'Allah..

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui.." (QS An-nur: 21)

d samping cuti yg tdak sampai sebulan, diri masih lagi berkesempatan bercuti d rumah angah yg letaknya d alam sari, bangi...alhamdulillah, persekitaran baru d sana, maklumlah angah sekeluarga baru saja berpindah ke rumah tersebut...betul2 belakang UKM tue..dan dekat aje dgn KTM..hehe.. bercuti dan melapangkan masa bersama 'anak-anak buah' tercinta...lama juga berkampung d bangi, seminggu rasanya...bila lalu UKM saja, mesti teringat kat 'dua 0rang' hamba Allah...hehe.. em, mujur adik ikut sama, kalau tak, 'pengsan' la mak uda dia melayan kerenah anak-anak....3 mujahid dan se0rang mujahidah...saat ini juga, rindu pd anak s0leh s0lehah ni... budak-budak, biasalah fe'elnya, bermacam ragam, namun saat ini juga, mereka kena sentiasa diberi PERINGATAN dan DIDIKAN kerana umur seawal ini la MINDA mereka mudah MENCERNA segala maklumat yg disampaikan...

bila di rumah at0k (abah), mak uda nya kena bukak vide0 muhasabah diri lalu ditayangkan kpd mereka....bertiga-tigalah mereka men0nton vide0 'azab dan seksa kubur'..benar, mereka terkesan sangat...bila saja vide0 yang berkaitan dgn azab Allah diperlihatkan, wajah mereka pasti berkerut seribu sambil mengajukan pers0alan yg berbagai-bagai....kenapa jd begini dan kenapa jd begitu... satu-satu ibrah 'meresap' masuk ke dlm jiwa mereka..mudah-mudahan dgn cara ini dpat mengingatkan mereka tentang larangan dan perintah Allah....sambil men0nton, sambil bercerita juga  kpd mereka..dan pd ketika usia ini juga, kanak-kanak memang cepat TANGKAP dan INGAT apa yg dilihatnya... bila saja mereka nak mula buat perangai, cepat-cepat ingatkan mereka pd Allah...dan saat itu juga, anak-anak ini menjadi baik...alhamdulillah... selalulah panggil anak-anak dgn panggilan yg baik2 aje ye, kerana panggilan itu juga merupakan 'd0a'...antaranya, anak s0leh..anak s0lehah..anak bertuah...anak baik dan rajin..sejuk je hati bila dgr kan..?? jgn sesekali panggil dgn panggilan2 yg buruk ye pd anak2...dan tetaplah mend0akan 'sesuatu'utk mereka...zaman ni, cabaran utk membesarkan anak mmg susah...ya Allah, mudah-mudahan zuriatku nanti menjadi 'hamba acuan Al-Quran'..amiin ya Allah....  


“Sesungguhnya setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) seperti kain putih, ibu-bapalah yang mencorakkannya samada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani.”

p/s :wahai ibu dan bapa..dekatilah anak-anakkmu dan didiklah mereka dgn menerapkan agama dlm jiwa mereka..

 ~Ariff Ashraf si anak s0leh....rindunya~

 ~anak s0leh dan s0lehah di taman permainan~

Friday 17 February 2012

.::Kisah sebiji EPAL::.

Bismillah...
sumber dr :  faceb0ok..

 

 Kenapa lelaki tak usya aku?

Kepada wanita-wanita,please baca lah artikel ini..Kisah yang menarik dan penuh pengajaran.Sesungguhnya Allah menyayangi kita..Maka sayangilah diri sebagaimana Allah sayang kita.Allah jadikan setiap sesuatu tu ada hikmah di sebaliknya.

Tak pernah ada yang mengurat korang? Rasa rendah diri? Maka bacalah!!

Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan serangga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu,janganlah kau kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.

Dan untuk jawapan kepada soalan Kenapa Tak Pernah Ada Yang Usha Saya adalah ,Allah jadikan Epal yang paling tinggi adalah salah satu sebab untuk menyelamatkanmu dari dosa jika kamu berada rendah pada dahan pokok yang rendah.Di dunia mungkin kamu merasa rendah diri kerana tiada lelaki yang usha kamu tapi ingatlah bahawa kamu Allah pelihara dari dosa dan maksiat..


m0de : Untungnya diri tidak pernah ding0rat..!! hehe..tu tanda ALLAH sayang..sebab tu ALLAH 'jaga dan pelihara'..hihihi..alhamdulillah.....CINTAKU BUKAN CINTA MURAHAN (^_^) nak bercinta dgn encik suami je...0kkk..!! jagakan 'dia' untukku, wahai Allah..sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...