Islamic Widget

"Hendaklah engkau jadikan dunia ini se0lah-0lah berdagang di negeri 0rg atau sebagai 0rg yg melintasi jalan...Ibnu Umar r.a. berkata, jika kamu berada di waktu petang janganlah kamu tangguh di waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah kamu tangguh di waktu petang..dan rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada di dalam keadaan sihat, sebagai persediaan di waktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati" (Al-Bukhari)

.::Pasti Ada..Insya'Allah::.

.::Pasti Ada..Insya'Allah::.

Saturday 31 December 2011

.:: ADMIRE::.

Bismillah.....

di suatu petang yg indah.....

"Bila Allah tidak memberimu sese0rang yang kamu rindukan.. sem0ga Dia menghadirkan sese0rang yang merindukanmu...
bila Allah tidak memberimu sese0rang yang kamu dambakan..
semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...
bila Allah tidak menyatukanmu dengan sese0rang yang kamu cintai, sem0ga Dia menghadirkan sese0rang yang mencintaimu...amiin...."<3
 
adik syg : kak laila......salah ke kalau admire kat sese0rg..??

me : em....'admire' sbb ape ye..?? hehe....minat dia kerana apa dik..?? agama nya ke, akhlaknya..?? harta..tampan..?? atau sebab-sebab yg lain...??

adik syg : mestilah sbb agama yg ada pd dia.........tp.....sy malu la kak dgn dia...

 "Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu...”(hadith riwayat Al-Bukhari).

me : adik....bagusla kalau malu....hihi....bukankah malu itu perlu ada dlm diri setiap manusia....bila sifat malu hilang, maka itu merupakan kecelakaan utk dirinya.....kerana Allah hilangkan sifat malu tersebut dlm diri dia...na'uzubillah....cuba bayangkan kalau dah xde perasaan malu dan segan silu, maka kita dgn sewenang-wenangnya akan buat perkara yg Allah larang.....harus d ingat, malu biarlah bertempat.... jenis malu macam mana yg d anjurkan dlm agama..?? bg akak, senang je....kalau kita xmalu dgn diri sendiri ketika nak buat maksiat, sekurang-kurangnya malu lah pd Allah............kerana Allah maha melihat apa yg kita perbuat...

adik syg : jadi....macam mana tu akak...kadang-kadang, sy berharap dia akan dtg meminang sy...hehe.. 

me : biasalah....nama pun wanita, hati kan mudah terusik, masa tu la duk fikir tentang keluarga bahagia la, suami s0leh la....anak-anak penyejuk mata kan..tu semua kan impian setiap wanita....hihi...yg penting, mujahadah semula hati tu....blh nak minat sese0rang, tp harus ingat, jgn sampai 'melalaikan' kedua-duanya sekali....syaitan itu licik sekali dik........takut sekiranya 'syaitan memerangkap' kita, kerana lemahnya Iman kita ketika itu....

 “B0leh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan b0leh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk untuk bagimu.... Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”( surah Al-Baqarah:216)

adik syg : hehe...0k akak...

me : adik......percaya pd k0nsep j0doh dan takdir x..??

adik syg : mestilah percaya...

 

me : yakinlah dgn Allah ye....d0a banyak-banyak.......macam akak kata td, kalau betul kita 'minat' pd sese0rang tu, minta lah pd Allah.......siapa lah kita ni manusia, nak berharap pd manusia..?? bukankah Allah yg memegang jiwa hamba-hambaNya...(termasuklah 0rg yg adik minat tu) hehe....biarlah d0a yg menjadi perantara ye.....kadang-kadang hati ingin berbicara tentangnya, tp.................tlg ingatkan hati bahawa syaitan itu jahat sekali.....takut juga ketika itu, nafsu akan menguasai diri, maka cepat-cepatlah istighfar ye..

adik syg : jd kak..??

me : mudah saja dik........d0a jela...... =) insya'Allah, bila Allah dah takdirkan 'dia' j0doh kita, hebat macam mana rintangan yg melanda, 'dia' tetap akan menjadi milik kita dgn izin Allah..... (tu lah the p0wer 0f d0a)....betul-betul tawakal dan serahkanlah pd Allah, mudah-mudahan si 'dia' adalah j0doh kita..... c0ntoh, " ikan d laut, asam d darat, lama-lama bertemu juga kan".....hihihi...

adik syg : senyum......(termenung)....lagi kak..hehe

me : sebagaimana kita merancang, sesungguhnya perancangan Allah adalah yg terbaik kan.....Allah akan bagi mengikut kemampuan kita, bukan mengikut keperluan kita dik...jadi, sabar juga perlu..hehe..

"Malulah kamu sekelian kepada Allah dengan sebenar-benarnya....Wahai Rasulullah bukankah kita sudah malu
dengan Allah?" Sabda Nabi s.a.w : "Bukan itu yang di namakan malu dengan Allah, akan tetapi yang di namakan malu dengan Allah yang sesungguhnya adalah 0rang yang sudah b0leh menjaga kepalanya dari maksiat dan apa yang ada di kepalanya, dan menjaga perutnya jangan sampai masuk barang yang haram, dan menjaga kemaluannya jangan sampai berzina, dan menjaga tangan dan kakinya dari perbuatan maksiat, dan ingat dengan mati, dan ingat bahawa dirinya akan r0sak…(at-tirmidzi)

adik syg : blh xkalau rindu pd 'dia'..?? tp sy xnyatakan rindu sy pd dia....hanya rindu senyap-senyap je kak...sambil tu d0a dlm hati....dan sy cinta dia dlm diam...... =)

me : adik......emm.....macam akak kata td, hati kena jaga ye..jgn sampai melalaikan adik sudahla.........jgn 'usik' hati 0rg tu juga ye......d0a lah dr 'kejauhan' utk kebaikan bersama...

adik syg : wah....akak ni......cam ada pengalaman je...hihi

 “Sesungguhnya apabila Allah ingin membinasakan se0rang hamba dicabut darinya perasaan malu, setelah tercabut perasaan malunya tidak akan menimpanya kecuali perkara yang amat dibenci (0leh Allah), setelah itu tercabut pula sifat amanah darinya, setelah tercabut sifat amanah dari dirinya kamu tidak akan mendapatinya kecuali se0rang pengkhianat, setelah itu tercabut darinya sifat rahmah, setelah tercabut sifat rahmah darinya kamu tidak akan mendapatinya kecuali se0rang yang celaka dan dilaknat (dijauhkan), setelah itu dia tercabut dari simpulan Islam...”(hadith riwayat Ibnu Majah)

me : xde pengalaman pun............cuma.....pernah juga hadapi situasi begini, namun akak berserah segalanya pd Allah......d0alah dalam hati ye.....andai 'dia' bukan utk kita, pasti ada yg lebih 'baik' lg Allah simpankan utk kita.......biarlah kita tidak mempunyai teman sekarang dik, sebab kita risau ia akan menyebabkan berkurangnya iman dan amal kita kelak....na'uzubillah....wanita s0lehah kan tenang menanti <3 hehehehe......lihat ye........Allah sembunyikan 'j0doh' kita, sebab Allah nak bagi 'kejutan' pada kita dik...sweet kan.......hihihi.....yg penting...j0doh itu urusan Allah...jgn risau tentangnya...baiki diri..baiki iman..baiki amal....pastikan juga......yg hadirkan 'rasa' itu dtgnya dr Allah, bukan dr nafsu........mudah-mudahan baik-baik saja ye keputusannya kelak......insya'Allah..

adik syg : syukran akak......tenang je dgr tazkirah ptg akak ni....hehe..nti kita sembang lagi ye akak...syg kak laila <3

 
me : insya'Allah....hihihi...syg adik juga <3

"Sesungguhnya, biar kita hilang ‘sese0rang’ atau ‘sesuatu’ demi Allah..daripada demi ‘sese0rang’ & ‘sesuatu’ kita kehilangan Allah..nauzubillah..."

*******************************************************
Tatkala jatuh cinta pada seseorang, ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya. Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba. Sebelum mengorak langkah lebih jauh dengannya, cukuplah cintai ia dalam diam.

Kerana diammu adalah bukti cintamu padanya. Kamu ingin memuliakannya, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang. Kamu enggan mengaibkannya, dengan tidak mengajaknya berdua-duaan. [1]

Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya, kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.

Kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya, menghindar dirinya daripada perkara-perkara yang merosakkan izzah dan iffahnya.

Sebelum memulakan sesuatu yang terlarang, cukuplah sekadar mencintai ia dalam diam.

Kerana diammu adalah petanda keikhlasanmu kepadanya. Kamu tidak ingin ia memilihmu lewat rupa parasmu atau manis ayatmu, sebaliknya kerana tulus hatimu.

Kerana diammu adalah keadilanmu. Kamu mana mungkin melanggar hak-hak walinya yang terlebih dahulu mencintai ia tanpa balasan dan alasan.

Kerana diammu adalah kekuatanmu yang menguatkan dia. Kamu tidak akan sekali-kali mencari dan menggali titik-titik kelemahan yang ada di hatinya sehingga ia tersungkur dicedera rindu.

Kerana diammu adalah……. Kekuatannya! [2]

Masih ingatkah kamu akan kisah cinta Fatimah dan Ali? Kedua-dua mereka saling memendam perasaan yang mereka rasakan antara satu sama lain, dan akhirnya, mereka dipertemukan dalam syurga cinta dunia nan suci dan indah.

Boleh jadi orang yang kamu cintai itu juga adalah orang yang telah ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Kerana dalam diammu, tersimpannya kekuatan harapan, yang menyalakan keinginanmu, dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapanmu sehingga ianya dapat berbicara di dunia nyata.

Bukankah Allah SWT itu Maha Hidup lagi Maha Mendengar? Sesungguhnya Allah SWT itu malu. Dia malu apabila seseorang hambaNya mengharap kepadaNya, lalu Dia menghampakannya dan meninggalkannya dalam kerugian. [3]

Tapi kiranya kamu telah berusaha berharap sepenuh hati, namun jika dia memang bukan milikmu, moga Allah SWT, merentasi batas-batas waktu, menghilangkan ‘cinta dalam diammu’ itu dan menggantikannya dengan 
 rasa yang lebih indah, pada orang yang tepat.

Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu yang menjadi rahsia antara dirimu dengan Sang Kekasih Agung! [4]

Kerana diammu tanda tunduknya hatimu pada Sang Kekasih Agung. Sedangkan ikatan rumah tangga yang dimulai tanpa rasa tunduk dan patuh pada syariatNya tidak mungkin diredhaiNya. Dan tidak mungkin akan melahirkan generasi umat yang tunduk patuh padaNya.

Kerana diammu adalah bukti cintamu yang agung!
“Wahai Allah, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah di antara anak-anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kepadaMu sahaja kami meminta dan bergantung harap. Perkenankanlah harapan kami Ya Allah.”
NOTA SISIPAN
1.   Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.

2.   Ianya boleh dianalogikan seperti antibiotik dan tubuh badan manusia. Seseorang yang sering diberikan antibiotik untuk melawan jangkitan akan menyebabkan sistem imunnya lemah dan perlu sentiasa bergantung kepada ubat-ubatan. Akan tetapi seseorang yang dibiarkan melawan jangkitan dengan sendiri tanpa antibiotik, badannya akan secara automatik menghasilkan antibodi yang kuat bagi melawan penyakit. Justeru,sistem imunnya menjadi mantap secara semulajadi dan mengelakkan kebergantungan kepada ubat-ubatan.

Seperti hal ini, apabila kamu mendapati seseorang mulai jatuh hati padamu, jika kamu melayani perasaannya, maka ia akan sentiasa bergantung kepadamu dan hatinya menjadi lemah. Tetapi jika kamu membiarkannya melawan perasaannya sendiri, maka ia akan membentuk satu kekuatan dalam hatinya.

3.   Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Tuhanmu Maha Hidup lagi Maha Mulia. Dia malu melihat hambaNya mengangkat tangan berdoa kepadanya, lalu dia tidak memperkenankan apa-apa kepada hambaNya itu.” – Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah.

4.   Al-Imam Tahtawi r.a. di dalam hasyiyah Muraqi Al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah), menukilkan perkataan daripada Al-Imam Suyuti r.a.: “Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya, maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan syahid di akhirat.”
Wallahua’lam.......<3

~cintai dlm DIAM...rindu dlm SEPI...d0a dlm HATI~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...