Islamic Widget

"Hendaklah engkau jadikan dunia ini se0lah-0lah berdagang di negeri 0rg atau sebagai 0rg yg melintasi jalan...Ibnu Umar r.a. berkata, jika kamu berada di waktu petang janganlah kamu tangguh di waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah kamu tangguh di waktu petang..dan rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada di dalam keadaan sihat, sebagai persediaan di waktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati" (Al-Bukhari)

.::Pasti Ada..Insya'Allah::.

.::Pasti Ada..Insya'Allah::.

Monday 28 May 2012

.::Love to CRY::.

Bismillah....

Ya rabb... at this time, i'll use to cry a lot..i d0n't kn0w why...
feeling s0mething from deep inside of my heart....l0oking through the pictures and mem0ries make i cried a lot....l0ve to see their pictures....baitul muslim...yess..they already bulid their own m0sque, and i'm still n0t...i kn0w ALLAH will give the BEST for me..and i will wait until the c0mes has arrive... <3 dear  heart.....be str0ng...Allah will give the BEST to y0u...i used t0 pray a l0t...i'm n0t l0oking f0r mr perfect, because i'm n0t a perfect human as well.....(eh, ter'speaking')..ya Allah......hanya Engkau yg Maha Mengetahui.... (T_T) wahai Lailatul Qadri..st0p dreaming...!! jgn terlampau berharap....---->sbb bukan dunia ni yg kamu kejar..!! wake-up..!!!

wahai wanita mukminah..bersabarlah~~~ayat ni slalu diungkapkan pd sahabat-sahabat...amat mudah utk menuturkan bukan? mmg slalu term0tivasi dgn ayat ni....bersabarlah~~ku hanya menanti CINTA LUAR BIASA......waiting f0r the 'POWER OF DOA'....sungguh, DIA MAHA MENGETAHUI... :) cewahh..

0k....."KURANGKAN SOAL HATI.....LEBIHKAN SOAL MATI" (T_T) astaghfirullah....

~klu gmbar kartun ni ada janggut lebih 'manis'...sunnah nabi tu bela janggut dan tipiskn misai :)~

~setuju..!!! like dan share..ngeh3~

m0de: 2 minggu yg sangat2 kritikal...makan entah ke mana, tidur pun xterurus....mujur hubungan dgn DIA terjaga...alhamdulillah...0rg yg belajar mmg perlukan peng0rbanan....kan3..?? td ibu c0l..tetbe rasa nak nanges..gini la namanya pempuan, nanges je keje (final pr0ject +grand presentati0n icm bertunda-tunda..lepas tu nak kena buat amenment lg...ya Allah..dahla 1jun ni ada 2 paper...dgn melayan kerenah manusia yg pelbagai ragam..sungguh, kdg2 rasa kecik jgak hati, tp apakan daya...tetaplah menjadi AIR YG TERUS MENGALIR..yg memberi manfaat kpd 0rg lain..sem0ga segala urusan dipermudahkan Allah..!! al0ng dah balik Malaysia, dgn harapan al0ng akan call adik2nya yg bakal  berjuang menempuh final exam..tp al0ng xpulak call..ibu ckap, call la al0ng atau kak ira..aikk, spatutnya al0ng la call adik2, sbb al0ng dah balik cini..tup tup..ibu marah...spatutnya adik la yg kena h0rmat abg, cuba call tanya khabar al0ng n kak ira...

p/s: eh...rasanya abg la call adik...dah tentu la adik sentiasa menantikan pnggilan abgnya..0hh ibu..dahla keje ni banyak, kena marah pulak......0k, nanges lg...xmampu nak berbual lg dgn ibu (xsangka pulak blh nanges dan merajuk gara-gara benda yg remeh)...terus talian terputus...segera menuju ke katil dan nanges sepuas-puasnya...lalu tertidur dgn air mata berbaki d pipi.....ibu c0l lg,tp xangkat...ntah kenapa kali ni tetbe rasa nak merajuk dgn ibu....maaf ibu,akak xsengaja.......(akak mmg tgh berdukacita, lalu kena marah, lg bertambah dukacita, kalau diangkat panggilan ibu, memg akak akan teresak-esak la jwbnya).....tgah mlm bgun lg, tg0k ibu ada bg msg....isi msg ibu, mcm tahu2 je anaknya ini sdg merajuk...segera call ibu dan mintak maaf, lalu beri alasan yg munasabah cikit, akak tertidur, ibu...(T_T) 

 ~Slip exam final bg semester yg terakhir...rabbi yaasir walaa tuassir ya kareem...8 paper tu..pheww..m0hon d0a dari kalian semua~

Thursday 24 May 2012

..::Ringan atau BERAT..!! TETAPLAH MELANGKAH..!!::.

Bismillah....

syukur lagi ke hadrat Allah kerana masih lg memberi kita nikmat sebuah kehidupan..jalanilah kehidupan ini dgn penuh beerti....dakwah dan tarbiyyah harus berjalan seiring..!!! balance kan antara kedua-duaanya...kalau masih tidak mampu, cuba juga agar ia mnjd MAMPU..bukan ianya mustahil, cuma banyak alasan yg bakal tercipta..antara nak dan xnak sje, itu jwapannya.. (T_T) 

"ya Allah, Tuhan yg memb0lak-balikkan hatiku...balikkan hatiku agar terus istiqamah melakukan amal ketaatan hanya kpd Mu..."

benar..setiap hari, kita akan dihambat dgn segala urusan dunia...jgn terus leka dgn dunia jika ingin berjaya utk akhirat......tetaplah melangkah wlupun ianya terasa berat..jgn menjd umat yg ketinggalan jauh ke belakang dlm usaha utk membawa ISLAM terus GEMILANG ke hadapan...lihatlah, dakyah Kristian dan Yahudi kini sgt membimbangkan, mereka juga punya strategi...mereka nmpak amal dan strategi kita, berusrah, berhalaqah, daurah, mabit dan banyak lg..tp.....

"KEBENARAN YG TIDAK BERSTRATEGI AKAN MUSNAH GARA-GARA KEBATILAN YG BERSTRATEGI" 

ni sedikit perk0ngsian yg perlu dibaca..sem0ga terkesan di hati....m0h la kte bace ye :) macam biasa, salin dan tampal :)
**************************************************************************

“Sorry syeikh, minggu ni ana busy sikit”
“Sorry la akhi, ana pening sikit semalam. Tak dapat nak prepare tugasan usrah”
“Kau je lah yang buat, aku ada hal sikit”
“Malasnya pergi usrah, baik tengok ceramah kat youtube jek”
“Sori lah, next week ada exam”
“Tak pe lah, solat sorang-sorang pun still sah jugak”

Inilah alasan-alasan ‘munasabah’ yang selalu kita dengari. Ya, memang selalu kita dengari kerana kitalah yang sering mengungkapkannya. Bermacam alasan yang tercipta sekreatif mungkin bagi memuaskan hati orang ramai.
Wahai diri yang beribu alasan,
Tidakkah kamu tadabbur firman Allah swt ini ?
انْفِرُواْ خِفَافاً وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At-Taubah : 41)

Di dalam Tafsir Fi Zilal, ayat di atas dihuraikan: “hendaklah kamu semua berangkat dalam apa jua keadaanmu. Berjihadlah dengan jiwa raga dan hartamu. Dan jangan mencari-cari alasan dan keuzuran serta jangan sesekali tunduk pada sebarang halangan dan justifikasi.”
Dalam ceramah, wacana, daurah mahupun halaqah usrah, mungkin sudah berulang kali dengari ayat ini. Namun bila hendak diterjemahkan pada amalan nyata, ternyata payah tak terhingga.
Ketika itulah bermacam-macam justifikasi diberi bagi mengundur diri. Apa yang dipelajari selama ini hanya tersemat kemas di hati, kekal sebagai teori. 
 
Hakikat Orang Beriman
Ketahuilah, orang yang benar-benar beriman, adalah meraka yang terus melangkah biarpun rintangan-rintangan menghalang jalannya. Inilah yang diungkapkan di dalam Fi Zilal mengenai tafsir ayat ini :

وأدرك المؤمنون المخلصون هذا الخير , فنفروا والعوائق في طريقهم , والأعذار حاضرة لو أرادوا التمسك بالأعذار
“Orang mukmin yang ikhlas mengetahui bahawa inilah yang terbaik baginya. Dia terus melangkah berjuang sekalipun banyak rintangan  sepanjang perjalanannya. Dan banyak saja keuzuran atau alasan yang dengan itu dia boleh mengundurkan diri kalau dia mahu.”

Sungguh, kehidupan ini memang tidak lari dari sebarang permasalahan. Kalau kita hendak mencipta alasan, memang tidak sampai sesaat pun kita boleh memberikan pelbagai alasan. Pilihan terletak pada diri kita, hendak melangkah atau terus tunduk dengan pelbagai alasan.

Lihatlah Abu Bakar As-Siddiq, pagi hari menerima Islam daripada, terus melangkah laju dan pulang di petang hari dengan membawa 6 orang memasuki Islam. Tiada langsung alasan : “Ana masih baru belajar. Quran pun tak hafal lagi.Tak layak lah nak dakwah si dia”

Lihatlah Sa’ad bin Mu’az, lantas berdakwah kepada kaumnya sebaik sahaja menerima hidayah Allah. Beliau hanya sempat hidup dalam keadaan Islam dan berjuang selama 6 tahun, namun kematiannya membuatkan Arasy Ar-Rahman bergegar !

Lihatlah Abu Ayyub Al Anshary, boleh saja beliau beralasan untuk berehat di rumah kerana umur tuanya melangkau lebih 80 tahun. Namun beliau tetap berjuang bersama tentera-tentera Islam hingga gugur syahid di tembok KotaKonstantinopel.

Alasan Mahasiswa Bijak
Syukur Alhamdulillah kali ini alasannya agak munasabah kerana bukan lagi disebabkan isu-isu mentah seperti malas, berfoya-foya, games dan lain-lain.
Kali ini ia beralasan untuk mengenepikan dakwah ‘sebentar’ kerana mahu fokus pada pengajiannya ataupun fokus pada penyucian jiwanya. Yang medic mungkin beralasan sibuk dengan lecture notenya, yang syariah sibuk dengan talaqqinya. Yang sibuk dengan jiwanya berjam-jam iktikaf di Masjid.
Lalu siapa lagi yang mahu sibuk dengan perjuangan? Siapa lagi yang mahu sibuk dengan menyampaikan Islam kepada teman-teman? Siapa lagi mahu sibuk mendidik adik-adik?
Tidakkah kita terkesan dengan kisah Abdullah ibnu Al-Mubarak ?
Beliau berjaya dalam akademiknya, juga bersungguh dalam memperjuangkan islam.
Beliau merupakan ahli hadith yang thiqah lagi masyhur. Terbukti kehebatannya apabila dilihat banyak hadith riwayat beliau termaktub dalam Sahih Al-Bukhari & Muslim dan kitab-kitab sunan serta musnad. Malah beliau juga merupakan seorang pakar Fiqh yang bijaksana dan tidak lupa juga mempunyai harta kekayaan yang banyak dan dibelanjakan untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar dan majlis ilmu di semua ibu negara Islam.
Dalam masa yang sama sepanjang hidupnya beliau sentiasa sibuk dengan perjuangan berjihad di jalan Allah. Saban tahun beliau berjihad di Rom sehinggakan beliau mempunyai tempat tinggal di selatan Turki.
Beliau dengan berani menegur sahabatnya Al-Fudhail bin Iyadh yang juga merupakan seorang Ahli Hadith yang masyhur  dan thiqah kerana meninggalkan Jihad untuk beruzlah di Makkah. Dengan beraninya beliau menyifatkan sahabatnya itu sebagai “Ahli Ibadat yang bermain-main !”. Ibnu Mubarak sama sekali tidak memandang keistimewaan Al-Fudhail sebagai Ahli Ibadat dan zuhud itu sebagai alasan untuk tidak berjihad.
Dengan sifat ini lah Ibnu Mubarak diangkat sebagai pemimpin ahli hadith pada zaman tersebut. Bukan dengan sifat mementingkan diri sendiri. Bukan hanya fokus pada pembinaan diri.
Inginkah kita digelar sebagai ahli akademik atau ilmuwan yang bermain-main?

Ganjaran Hebat Menanti
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”
“(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,”
“Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (As-Soff : 10-12)

Oleh :
Ahmad bin Khairuddin
Ketua Biro Tarbiyah
Ikatan Muslimin Malaysia Jordan

Sumber: Laman Web ISMA Jordan

************************************************************************

p/s: ingatlah...setiap hari mmg menuntut kita utk terus bersabar..!! sabar dan redha adalah kunci utk berjaya..sem0ga Allah menerima amalan kita semua...yg diburu hanya lah REDHA ALLAH semata-mata......ikhlaskan niat dan didiklah hati..

Sunday 6 May 2012

.::Wahai Pemuda..!!::.

Bismillah walhamdulillah...

insya'Allah...'p0st' yg dah lama terperap dan tidak sempat nak update...alhamdulillah, rasa nak update..!! jari-jemari masih leka menaip dan 0tak sedang ligat berputar...banyak yg ingin ana nyatakan d sini...sem0ga sama-sama dapat mengambil ibrahnya ye...
 
Riang ria akhawat ketawa gembira,
Di Kedah Life Challenging Camp kita bersua,
Assalamualaikum pembuka bicara,
'Wajihun nur' persembahkan utk semua..!!

********** masih terngiang-ngiang riang ria akhawat semasa ber'mukhayyam' di nap0h, jitra*********

 ~BEST FRIEND FILLAH...DUNIA WAL AKHIRAH~

syukur ke hadrat Allah swt kerana masih memberi 'ruang' dan 'peluang' utk diri terus menerjah gel0mbang...Allahu rabbi....semangat..semangat dan terus bersemangat...!! insya'Allah...terkenang lirik 'SHOUTUL HARAKAH' bertajuk GELOMBANG KEADILAN...subhanAllah...lagu 'jihad'...AYUH PEMUDA, NYALAKAN SEMANGATMU..!!!! semangat itu sudah ada, namun semangat itu PERLU d nyalakan agar ia TERUS MEMBARA..!!!

pemuda...?? bukanlah merujuk kpd ikhwan semata..malah akhwat juga adalah PEMUDA....ye benar...PEMUDA adalah kita, siapa lg kalau bukan g0longan belia...baiklah.....ada sedikit perk0ngsian yg ana ingin bicarakan d sini...berkaitan pemuda...!!


Allah matlamat kami
Rasul itu ikutan kami
Al-Quran itu perlembagaan kami 
Jihad jalan kami dan
Mati pada jalan Allah ialah cita-cita tertinggi kami

 wahai pemuda..sedarkah kamu bahawa kamu adalah benteng JAHILIYYAH..?? buka mata..buka minda..celiklah sang HATI..bangun dan tetaplah berjaga-jaga (T_T) di kala ini ana sedang menyeru kpd diri sendiri juga..sungguh, yg memberi akan lebih mudah 'hadam' bukan..??


p/s:t0 be c0ntinued....

~baru-bari ni berkesempatan juga pg ke mukhayyam askar z0n pantai timur, kat kelantan (26-28 April 2012) ......ser0n0k sungguh....3hari 2mlm..insya'Allah, 'p0st' tersebut akan disusuli kemudian ye.....~

m0de: sibukkkkkkkkkkkk memanjg..ya Allah..permudahkanlah..!! m0hon d0a dr semua..pheww


Saturday 5 May 2012

.::AYAT cinta::.

Bismillah..

**********************COPY DAN TAMPAL************************
Jangan SERING kata "I LOVE YOU" kepada dia yang bukan mahram bagimu... Percayalah, apabila kamu berdua sudah berkahwin, perkataan I LOVE YOU sudah jadi biasa dan tidak romantik lagi...

Rugi bukan?
Kita nak ROMANTIK selepas kahwin atau "sebelum kahwin je"?
Cuba tanya diri kita... :)

DIALOG SPECIAL :-
Isteri - Abang, abang tak menyesal ke kahwin dengan saya, saya kan tak cantik.. Abang Kata abang ada RAHSIA nak bagi tahu kat saya selepas kahwin? Apa rahsia yang abang nak beritahu tu? Kita skrang sudah pun di ijab kabulkan?

Suami - Sayang, abang kahwin dengan awak bukan sebab awak ni cantik ke, buruk ke, tetapi kerana cinta yang ada dalam hati abang. Abang nak bina hubungan yang diredhai ALLAH.Abang tak nak kita bercintan-cintan sebelum nikah,kelak Allah tarik nikmat pernikahan itu.. Hehe, sayang masih ingat ye, hmm.. Malu lah, hehe.. Abang cuma nak cakap... Sayang, I LOVE YOU LILLAH~ Forever~

Isteri-Subhanallah ^_^, hehe... I LOVE YOU 2, 3, 4ever abang~ Inilah lafaz cinta dari abang pada sayang selepas 'aku terima nikahnya' ..

♥ Bernikahlah kerana ALLAH dan semaikan cinta kerana ingin menyempurnakan kecintaan kita kepada ALLAH. Ajaklah suami atau isteri anda agar lebih dekat kepada ALLAH. Agar hubungan yang dibina itu menjadi lebih barakah dan bahagia hingga sampai ke Jannah. InsyaALLAH

******************************

p/s:wahai muslimah mukminah........kamu adlah sebaik2 hiasan d dunia, maka jagalah dirimu sebaik mungkin..!! m0de: nak nikah,tp cal0nnya enggak ada, masih 'sabar' menanti....0h,sweetnya... bercinta krna ALLAH <3 nikah aje penyelesaianya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...