es0k..bersamaan dengan hari jumaat, 15 Julai 2011... Perancangan adalah untuk menuju ke pD.. alhamdulillah.. setelah sekian lama ingin kembali ke pD, untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat ukhuwah fillah yang disayangi.. wahai sahabatku, tahukah kalian, daku mencintai mu kerana Allah semata-mata..?? m0ga tautan hati ini akan terus bersemi selamanya...biarkan ianya terlakar di pintu syurga =D
sebenarnya...tujuan utama ke pD sebenarnya nak ziarah p0li, dan sahabat tersayang dunia akhirat, aimi..ana syg enti sangat99..lillahi taala... (susah senang telah dilalui bersama-sama)...bila ana nangis, enti turut menangis (T_T)....dan begitulah sebaliknya...enti sentiasa menjaga tutur kata, agar ana tidak mudah tersinggung, sebab enti tau hati ana begitu lembut dan sensitif kan.... bila enti ke mana-mana, pastinya ana disebelah enti..sampai kawan-kawan lain cakap kita kembar pulak..hihi... ana masih ingat, semasa subjek 'Percukaian Malaysia", kelas petang pulak tu, dan ketika itu ana sedang berpuasa... waktu tu, memang waktu ana beralih ke kelas enti, dan biasanya enti akan 'ch0p' kan tempat duduk untuk ana macam biasa, biasalah kita kan duduk sebelah-menyebelah....tp barangkali waktu tu enti terlupa....ana masuk ke kelas sedikit lewat, dan kelihatan semua tempat duduk telah penuh... ana mula tercari-cari d manakah sahabat ana, rupanya enti telah duduk d meja hadapan sekali bersama alea..... xpelah, ana pun duduk paling belakang sekali...(hati menjadi t0uching tiba-tiba).....
Cik syarina nak buat latihan cukai secara mengejut pulak tu dan kena hantar dalam kelas, dah la kelas minggu lepas ana xhadir sebab demam, dan cik bagi masa setengah jam sahaja....mula la nak panik, dala xtau ape-ape, skali nak kena hantar plak tu....nak tulis ape atas kertas ni...?? (rungut dalam hati)... bila cik lalu sebelah, mula tanya kat cik, tapi cik cakap, sy xtau....(cik ni m0ody tetbe sbb budak2 ni buat perangai dengan dia, langsung dia xhiraukan sy..sampainya hati----->makin bertambah la kecik hati ni)..... skali teng0k, aimi dah siap dan dah hantar pun....(rasa cam nak nangis je, dala terlupa kat ana, lepas tu dah siap, xdatang dan minta maaf pun pd ana).....semua 0rg dah hantar, dan budak kelas beransur pulang.... ana masih duduk di meja, blur sbb xtau ape2...mujur cik syarina faham dan dia cakap, "xpe laila, awak xdatang kan mnggu lepas, sy bg awak excuse, nanti kat bilik, mintala aimi ajarkan ye..nanti jangan lupa hantar kat pejabat sy, katanya"....(mujur cik baik, terubat cikit hati ni...tp still lagi rasa nak nangis....ishhh, murah betul airmata ni, lembutnya hati ni macam tisu)....lepas cik sya keluar dr kelas, air mata ni mula bergenang....sebab dah tak tahan sangat, lalu ia merembes macam air hujan......tekup muka atas meja, aimi yg dr td kat depan xbalik lagi, mungkin rasa bersalah sebab "xch0pkan" tempat dan biar sy blur dalam kelas se0rang diri...... terus m0od sy mati bila nangis..!! (hati sedih+kecik hati sangat)....aimi datang dan minta maaf, dia tahu sy sedang nangis, dia mula pujuk dan usap belakang supaya berhenti nangis...dia mula beri penjelasan, katanya tempat dah di"ch0p", tapi alea nak duduk dengan dia, dan katanya lagi, dia tahu sy mesti xblh nak jawab latihan cukai td, lalu dia ingat nak siapka dulu, dan lepas siap baru datang dan beri tunjuk ajar pd sy..xsangka pulak bila datang pd sy, sy dah nangsis....( ni la insan yg bernama wanita, mudah sangat em0sinya terusik..kerana hatinya selembut tisu...sy laa tu (T_T)
Berkampung di pD selama 3 hari..insya'Allah.. ya Allah..sungguh diri ini sangat merindui suasana dahulu.. suasana tarbiyyah bersama sahabat-sahabat ukhuwah fillah.. di sinilah kami mengenal "erti sebenar perjuangan"...pasti..kenangan dahulu menggamit semula... di sinilah, bumi Allah, tempat daku bangun dan jatuh serta tempat ku untuk belajar bertatih... tarbiyyah Allah memang indah..tarbiyyah yang sememangnya datang dr Allah buat insan-insan yang terpilih...dan alangkah beruntungnya daku, kerana Allah telah memilih daku dalam ramai-ramai g0longan manusia yang bertebaran d muka bumi ini... sesungguhnya, hanya Allah yang mengetahui niat dan keuzuranku.. ku panjatkan syukur kepada Allah, kerana telah mencampakkan diriku ke "daerah"ini.. "daerah kebaikkan" yang ku cari dan nanti-nantikan selama ini... Di sinilah juga daku belajar, apa ertinya PENGORBANAN...apa ertinya UKHUWAH FILLAH... ya Allah...andai dapatku putar masa, daku ingin kembali ke masa dahulu...masa di mana, iman kami sama-sama meningkat ya Allah... semua aktiviti dilakukan secara berjemaah...baik makan, tidur,dan qiyamullail juga dlakukan secara berjemaah.. indahnya ya Allah saat itu....hati-hati ini dihubungkan kerana Mu, dalam menggapai sekelumit redha... bukanlah redha manusia yg kami cari...tetapi redha Mu yg kami buru ya Allah.... bantulah kami dalam mengingati Mu selalu ya Rahman...terimalah amalan-amalan kami ya Rahim....sesungguhnya kami lemah tanpa bimbingan Mu... (T_T)

enti.... ya Allah, moga ikatan ukhuwah ini tidak akn pernah padam... ya Allah, satukanlah hati2 kami, dibawah naungan dan janjiMu, ya Allah... sesungguhnya, demiMu Ya Allah, aku merindui insan ini... insan bernama Lailatul Qadri... syg enti lillahita'ala....
ReplyDelete