Alhamdulillah...ana masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Allah..segala puji bg Allah, Tuhan sekelian alam... buat catatan kali ni, ana akan 'p0st' kan tugasan ana bagi subjek "Sains Pemikiran dan Etika" ketika ana di sem 1, iaitu ikhtilat...
*****************************************************************************************************
MUKADDIMAH
Bersyukur kini ke hadrat ALLAH swt, kerana dengan limpah kurniaNya, tugasan yang telah di amanahkan ini akhirnya berjaya disiapkan juga, meskipun begitu banyak ujian dan dugaan yang terpaksa ditempuhi sepanjang penghasilannya. Apakah dengan mengeluh, semua masalah akan selesai? Tidak, semuanya akan berbalik kepada ALLAH swt. Begitulah lumrah hidup manusia, apakah mereka dikatakan sebagai seorang yang berIman sekiranya hidup ini tidak diuji dengan ujian yang datangnya dari ALLAH swt? Ketahuilah bahawa setiap orang Mukmin itu akan sentiasa diuji sehinggalah menjelangnya Hari Pengakhiran hidup manusia. Apakah itu Hari Pengakhiran hidup manusia? Sesungguhnya ia adalah hari di mana kita akan kembali menemui Tuhan kita. Sesungguhnya,tiada daya dan upaya melainkan dengan izin ALLAH swt, Zat yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. SubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHUAKBAR.
Untuk tugasan kali ini, saya telah sepakat untuk memilih tajuk yang saya rasakan mampu untuk saya huraikan dengan lebih terperinci berdasarkan ilmu ALLAH yang dizahirkan kepada saya, ditambah lagi dengan sumber-sumber yang diyakini kesahihannya, insya’ALLAH. Alhamdulillah, tajuknya adalah berkaitan dengan masyarakat Islam kita, iaitu Pergaulan bebas antara Muslimin dan Muslimat, atau dalam bahasa Arabnya, juga dikenali sebagai Ikhtilat. Ikhtilat juga merupakan dari salah satu cabang akhlak. Dan sesungguhnya ilham untuk membuat tajuk ini dianugerahkan oleh Allah swt kepada saya,selaku hambaNya yang dhaif lagi hina. Astaghfirullah. Ketahuilah dengan menulis bahan ini,mudah-mudahan sedikit demi sedikit,ia akan turut memberi kesan kepada hati saya juga, amiin, insya’ALLAH.
Di zaman era globalisasi ini, sungguhpun Islam itu telah tersebar ke serata pelosok bumi ini, namun kita dapat lihat bahawasanya Islam itu tidak diamalkan secara menyeluruh di dalam kehidupan sehari-hari kita bukan? Di manakah silapnya? Adakah Iman kita cukup mantap untuk menangkis anasir-anasir yang tidak baik dan akhirnya menjerumuskan diri kita ke lembah yang hina? Menjadi pengikut Iblis dan syaitan laknatullah yang sememangnya telah sah-sah menjadi ahli neraka? Nauzubillah. Astaghfirullah. Ramai yang mengetahui bahawa syaitan itu adalah musuh yang utama, namun begitu, masih lagi ramai yang mengikut jejak langkah dan telunjuk syaitan. Ketahuilah bahawa Iblis dan syaitan sentiasa berada dalam kesesatan yang nyata dan mereka telah bersumpah untuk menyesatkan anak-anak Adam sehinggalah menjelangnya Hari Kiamat. Nabi saw juga pernah bersabda bahawasanya, anak Adam itu tidak akan sesat selagi dia berpegang kepada 2 iaitu, Al-Quran dan sunnah, di mana setiap anak Adam itu memerlukan panduan dan bimbingan dalam meneruskan kehidupannya sebagai “khalifatul mukminin”.
Apakah itu Al-Quran dan sunnah? Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan melalui wahyu, kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan malaikat Jibril. Ia mengandungi semua hal berkenaan Agama Islam yang lengkap khususnya berkenaan kehidupan orang Islam seperti perkara yang disuruh, dilarang, kisah teladan, perkara ghaib dan sebagainya. Ia juga diturunkan dalam bahasa Arab kerana Nabi Muhammad saw berbangsa Arab, tetapi mesejnya bukanlah bagi orang Arab semata-mata, tetapi untuk seluruh umat manusia. Tambahan pula, merujuk kepada Al-Quran dan sunnah adalah menjadi kewajipan bagi setiap mukmin, sekiranya berlaku perselisihan pendapat.
ALLAH swt berfirman dalam ayatnNya yang berbunyi, “
”Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuknya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Tindakan demikian adalah paling baik (bagi kamu) dan paling elok akibatnya”
(Surah an-Nisa’: ayat 59)
Setiap hari, ada saja berita-berita yang kurang enak terpampang di dada-dada akhbar, dan yang sering menjadi tumpuan para pembaca adalah yang berkenaan dengan isu pembuangan bayi dan sebagainya. Ini berkait sebanyak dengan akhlak muda-mudi masa kini yang tidak langsung menghiraukan Agama, malah sanggup membuang Agamanya sendiri. Amatlah tidak bersyukur mereka, lahir-lahir sahaja di muka bumi ini, sudah sememangnya mereka adalah penganut Agama Islam. Namun begitu, rata-ratanya telah Islam sejak lahir, dan hal ini kerana mereka adalah Islam yang diwariskan dari ibu bapa mereka. Bahkan hampir setiap hari, ada sahaja kisah-kisah yang sebegitu. Astaghfirullah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, sungguhpun kita berada di zaman yang serba canggih dan moden, namun, kehidupan kita masih lagi seperti kehidupan zaman Arab Jahiliyyah dahulu, malah lebih teruk dari zaman itu. Mengapakah saya mengatakan hal yang sedemikian? Selepas ini, kita akan membincangkan pula perhubungan dan kaitannya antara akhlak dan konsep Jahiliyyah menurut perspektif Islam. Insya’ALLAH...
.::Yang benar : Ummu nu’aim/ Aisya humaira/ Lailatul Qadri::.
.::Yang benar : Ummu nu’aim/ Aisya humaira/ Lailatul Qadri::.


No comments:
Post a Comment