Alhamdulillah...hari ini dah masuk hari ke-17 umat Islam berpuasa...sudah masuk penghujung fasa ke-2 bulan Ramadhan.. bagi mereka yang bekerja, akan sibuk dengan kerja-kerja mereka...dan buat mereka yang tidak bekerja pulak, duduk rumah saja-saja ye..hehe.. Siapa cakap, duduk rumah saje-saje tak penat..?? rasanya mereka yang tidak bekerja dan duduk di rumah terasa lebih penat berbanding mereka yang melakukan kerja di luar rumah... tahukan kalian, se0rang ibu yang tidak bekerja akan menjadi surirumah sepenuh masa buat keluarganya...di sinilah hebatnya se0rang isteri.. mampu bangun seawal jam 4 hingga 5 pagi dan memulakan tugas sebagai se0rang ibu...memasak (ke pasar, nak siapkan bahan-bahan masakan + cuci pinggan mangkuk k0tor yg bertimbun-timbun + siapkan sarapan/ lunch dan dinner keluarga + kemas dapur), mengemas rumah (lap frame dan barang2 hiasan dalam rumah, tingkap dan s0fa + menyapu, m0p lantai, bersihkan luar rumah + susun selipar) blablabla.... cuci kain + sidai kain + angkat kain d jemuran + lipat kain serta menghantar kain yg dilipat masuk ke dalam almari setiap penghuni rumah... ada lagi...kalau ada anak-anak kecil, lagi la bertambah penat....nak jaga dan asuh anak lagi (buatkan susu, mandi, siapkan anak-anak, tukar pampers beberapa kali, beri anak makan, lapangkan masa bersama anak-anak, belum lg kalau anak2 buat sepah)..hihihi.. Agak-agak penat tak..?? sangatt penat.........namun...itulah kehebatan se0rang isteri yang Allah beri dan ia tidak dimiliki sang suami....jadi..buat para suami, hargailah jasa isteri anda ye...
Buat masa ni, semua aktiviti d atas sudah pn dilaksanakan...hehe...sungguhpun masih belum berumahtangga, ana menjadi "SERIRUMAH TANGGA" buat ibu dan abah...biarlah daku tidak bekerja hanya kerana ingin berbakti kepada mereka...3 bulan je pun sementara cuti semester ini...kasihan ibu dan abah...membesarkan kami 6 beradik sehingga semuanya berjaya ke menara gading...Alhamdulillah.. al0ng merupakan abang yang paling berjaya sekali...setelah selesai spm, dia melanjutkan pelajaran ke georget0wn university di Indiana untuk pendidikan pra-universiti dengan dibiayai sepenuhnya 0leh JPA...kemudiannya, melanjutkan pelajaran ke university 0f washingt0n, A.S..namun pengajiannya terhenti setengah jalan dan terpaksa pulang ke Malaysia kerana fakt0r-fakt0r kesihatan beliau..di Malaysia, dia menyambung pengajiannya di UNITEN dan setelah tamat, dia bekerja di Putrajaya pula...2 tahun selepas itu, dia meneruskan master di sc0tland dan mendapat anugerah "TOP STUDENT" di sana....Alhamdulillah, berkat d0a dari ibu dan abah juga tu.. kejayaan Al0ng sangat memberi inspirasi kepada kami adik-beradik....kini, dia masih di sc0tland menemani isterinya, yang sedang meneruskan phD berbaki 2 tahun di sana..sem0ga kejayaan menjadi milik kalian ye..amiin...cepat-cepatlah pulang ke sini...hehehe..(terbaru, kak ira dah pulang ke Malaysia untuk membuat researchnya di sini sehingga bulan 1 tahun depan.., manakala al0ng masih d sc0tland, kesiannya al0ng terpaksa duduk berjauhan dengan isteri...(lama tu....5bulan... sabar ye, sebab sabar itu INDAH : ).. al0ng juga dah berjaya dapat kerja tetap sebagai "f0rmulati0n game test0r"...alhamdulillah, 0k la tu, bukan senang nak dapat kerja kat sne, lebih-lebih lagi ek0nomi dunia kini sedang meleset.. tambahan pula, al0ng dah xda gaji kat Malaysia, sebelum ni, al0ng bekerja kat Putrajaya di bahagian kementerian sumber manusia... terpaksala ambil cuti tanpa gaji kerana menyambung pengajian master nya...barangkali ia akan dilanjutkan sebab, isterinya xhabis lg pengajian..
Angah...abang yang kedua pula...berbeza ceritanya..merupakan se0rang yang warak dan dia abang yang paling rapat denganku....merupakan lulusan dari UUM dalam bidang pentadbiran perniagaan.. bertemu j0dohnya juga di UUM..hehe.. dij0dohkan dengan azyan (kak yan), se0rang muslimah bertudung labuh dan sangat manis sekali wajahnya...hatinya lembut sangat (sefikrah dan se geng) dan kami sangat rapat..kalu ada masalah, pasti sy akan bercerita dengan kak yan..serba-serbi semuanya dekat kak yan laa.. Alhamdulillah...janji Allah pasti bukan..?? Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. angah se0rang yang peramah dan mudah didekati....kini bekerja di SIRIM shah Alam sebagai pegawai...dia juga se0rang m0tivat0r dan akan memenuhi undangan mana-mana sek0lah yang memerlukan khidmatnya sebagai penceramah m0tivasi...pada hujung minggu pula, dia menjadi pensyarah dan mengajar dipl0ma eksekutif di UM..alhamdulillah, kini memiliki 4 0rang cahaya mata yg c0mel..se0rang mujahidah dan 3 mujahid....wahai anak-anakku, mudah-mudahan kalian menjadi anak yg s0leh dan s0lehah ye....(insya'Allah, bulan 12 ni, angah akan pindah rumah kat bangi pulak, kunci rumah dah dpt bulan 7 , tp disebabkan kak yan sedang sarat, maka kerja-kerja memunggah barang akan dilakukan kemudian...lepas ni, Qurratul 'Ain, Ariff Naufal, Ariff Imran akan bersek0lah di sek rendah al-amin, bangi...sejukla perut mama nti ye : ) sekurang-kurangnya nak jadikan salah se0rang drpd mereka hafiz/hafizah yg berjaya...amiin ya Allah........
seterusnya..kak iena....satu-satunya kakak kandungku...merupakan anak ketiga, graduan lulusan dr UPM...dan masih single and available (barangkali)...sem0ga bertemu j0doh yang baik-baik ye..usianya kini menginjak 29 tahun..masih sibuk dengan kerjayanya sebagai pen.pengurus bah. asas tani di LKIM..emm..daku tidak begitu rapat dengannya semenjak kecil, kerana kak iena masuk asrama seawal f0rm 1 xsilap (sek men sains muar, matrik serting dan seterusnya UPM)...abang lan pulak, anak yg keempat...jarak umur antara dia dan kak iena adalah setahun..daku juga tidak begitu rapat dengannya...mungkin sebab sudah merasakan diri sudah "besar" k0t, jadi agak segan meskipun dia abang kandungku....bulan 10, abang lan akan melangsungkan perkahwinan, seminggu sebelum harijadi ibu...dan waktu 2, sy dan adik telah selamat berada di universiti...(akan balik sekejap, untuk bantu ape-ape yg patut)...
yg terakhir pulak adalah satu-satunya adik kandung yg Allah "hadiahkan" padaku....jarak umur antara kami adalah 3 tahun...wajah adik paling lain sekali dalam family, macam "cina + jepun"...tp, adik masih lg ikut wajah abah....lagipun, arwah wan, memang ada darah "jepun" pun....adik menuntut di UMP dalam bidang ija. sarj muda kejuruteraan kimia....sangat aktif dan banyak menjawat jawatan d tempat pengajiannya...alhamdulillah, dia mampu untuk membahagikan masanya dengan baik (kuliah dan akt. luar)....sangat berdikari, tegas dan garang, namun dia begitu ceria sekali (kuat mengusik sy, adakalanya sampai sy menangis)...sikap sy dan dia begitu k0ntra sekali (itulah yg membuatkan kami sangat rapat)...setiap kali adik balik cuti, pasti daku akan terhibur dengan keletahnya.....dia la sahabat, dia lah adik, dan dia lah tempat daku berk0ngsi suka dan duka....walau siapa pun dia, dia tetap adik sy..sampai bila-bila... adik... (kakak syg adik dunia akhirat)...... <3<3<3 \(^_^)/<3<3<3...alhamdulillah, terima kasih ya Allah..kerana telah memberikan daku sebuah keluarga bahagia..
.::KELUARGAKU ADALAH INSPIRASIKU::. ---->sekian..karangan budak darjah 6..hihi
~Yang benar: ummu nu'aim/ aisya humaira/ lailatul qadri~


No comments:
Post a Comment