Islamic Widget

"Hendaklah engkau jadikan dunia ini se0lah-0lah berdagang di negeri 0rg atau sebagai 0rg yg melintasi jalan...Ibnu Umar r.a. berkata, jika kamu berada di waktu petang janganlah kamu tangguh di waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah kamu tangguh di waktu petang..dan rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada di dalam keadaan sihat, sebagai persediaan di waktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati" (Al-Bukhari)

.::Pasti Ada..Insya'Allah::.

.::Pasti Ada..Insya'Allah::.

Thursday, 18 August 2011

.::Tawaran dari ALLAH::.

 Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Suka untuk diri ini "flashback" segala apa yang pernah dirasai, dilihat, mahupun didengar lalu "diluahkan"... ingin "meluahkan" kerana merasakan ianya begitu "manis"...sungguh, ketika ini diri sedang melayang teringatkan geng-geng usrah (ja, shakirah, kak lina, zati, su, imah, dan kak aisya--->sem0ga antunna semua sentiasa berada dalam Rahmat dan Redha Allah hendaknya...amiin)...geng usrah yg dipimpin 0leh ukhti ja dan adakalanya diselang-selikan dengan sl0t dr ukhti shakirah sangat menarik dan memberi impak pd hati, namun penyampaian masih blh lagi diperbaiki... 3sem telah bersama, kini, se0rang demi se0rang "pergi" meninggalkan kami kerana pengajian mereka sudah pun tamat...sungguhpun "jauh" di mata, namun tetap "dekat" di hati.....kerana...."Ukhuwah itu letaknya di hati..sejauh mana se0rang sahabat mend0akan sahabatnya yg lain, dalam d0anya kudus...sem0ga ia tetap terlakar di pintu syurga...amiin ya Allah"...rasanya seperti baru semalam ana mengenali kalian...xpuas rasanya untuk berk0ngsi dan "mencuri" ilmu dari mereka...(terngiang kata-kata kak id semasa di p0li pd dulu, "sementara kami masih ada disini, sedaya upaya la untuk "curi' ilmu dr kami"...) mulai sem depan, terpaksa la mencari geng usrah yg lain pula...tiada istilah "cukup" dalam menuntut ilmu...mencari dan terus mencari kerana merasakan diri begitu jahil....sem0ga Allah mel0rongkan diriku ke "daerah yg jauh lebih baik"...amiin ya Rabb..

antara sl0t yg dikupas dalam usrah adalah...tafsir.. mahukah kalian merebut tawaran dr Allah...?? Allah dah bagi 's0alan' dan 'jawapannya' sekali...mari sama-sama kita buka tafsir y0kk... Firman Allah dalam surah As-saff, ayat 10 dan 11 :

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?[10]

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah (berjihad) dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)...[11]

 
sesungguhnya, firman Allah adalah benar...0leh itu, ana seru kepada diri anadan kalian, agar "bersungguh-sungguh' la...bersungguh-sungguh di sini merujuk kepada "tetap berpegang teguh"...teringat pada sep0tong hadis riwayat  at-tirmidzi...

Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana orang yang berpegang teguh dengan agamanya ibaratnya seperti orang yang memegang bara api”. (H.R. At-Tirmidzi)



begitulah....kalau kita fikir-fikirkan, untuk mengenggam bara api bukanlah sesuatu yg mudah....namun, ia perlu kepada keberania, kecekalan dan kesungguhan...hanya mereka yg bersungguh-sungguh sajaha mampu untuk menggemggam bara api tersebut...jd...berusahalah.....meskipun sangat susah dan payah...

.::Yang benar: ummu nu'aim/ aisya humaira::. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...