Bismillah...
mari kita sama-sama ingat dan faham adabiyat dalam usrah..setiap organisasi pasti ada undang-undang ataupun peraturan sendiri..begitu juga 'usrah'..usrah juga ada 'adab-adab' yg perlu dijaga...mari kita lihat sama ada kita sudah tahu ataupun belum tntg adab-adab dlm usrah....(^_^)v... terdapat 9 adabiyat dlm usrah iaitu ukhuwah, taat, thiqah, syura', istisyarah, isti'zar, indibat, tsir wa'ala niyyah, dan tanassuh..
ADABIYAT DALAM USRAH
ITEM | TELAH DILAKUKAN | PERANCANGAN AKAN DATANG |
1) Ukhuwwah (penyakit futur boleh dirawat melalui kemanisan ukhuwah) | -ziarah sahabat -sebarkan salam dan senyuman -beri hadiah dan ingat tarikh yg penting -tanya khabar iman dan amal serta nasihat -kebersamaan bersama (makan, qiam, tidur berjemaah) | -riadah bersama -mengharapkan lebih banyak pertemuan dgn sahabat -jaulah dan daurah (mukhayam) |
2) Taat | -tidak berkasar dan berlemah lembut -membenarkan kata-kata sahabat sekiranya ia benar dan tegur sekiranya tersilap | |
3) Thiqah (Percaya dgn akhawat fillah) | -tidak berkira-kira dlm urusan pinjam-meminjam barang | - |
4) syura’ (perbincangan) | -diskusi ilmu dan perkongsian -sama-sama berusaha utk ‘fikir risau’ keadaan yg melanda umat Islam hari ini (round kampus utk tegur kawan-kawan yg dating dan berada dlm keadaan yg mencurigakan) | -harus lebih berani dan tampil ke depan -harus lebih berhikmah dlm menasihati mereka dan tidak tergopoh-gapah |
5) istisyarah (peranan ind utk meminta pandangan dr murrabiyah/ alim ulama dsbg) | -rujuk buku/ semak semula hadis dan bertanya pd mereka yg lebih arif dlm bidang tersebut | -lebih berhati-hati supy tidak menyebarkan hadis yg palsu |
6) isti’zar (meminta izin) | -meminta izin utk tunda usrah ke hari yg lain atas sebab2 tertentu | |
7) indibat (disiplin dr segi masa dan tindakan) | -ikhlaskan niat semata-mata mencari redha Allah | -harus lebih bermujahadah kerana adakalanya terpaksa meminta utk menunda usrah atas halangan yg tidak dpt d elakkan |
8) tsir wa’alaniyyah (rahsia dan keterbukaan) | -berkongsi segala suka dan duka bersama-sama termasuk masalah peribadi -berfikiran positif | -mengaharapkan lebih banyak pertemuan dgn sahabat |
9) tanassuh (saling mengingati dan menasihati) | -beri nasihat, kata2 semangat kpd sahabat -mengajak mereka ke arah kebaikkan | -ikhlas niat dlm memberi -jgn mengharapkan balasan atas perbuatan yg dilakukan -tidak berkecil hati dan lebih berlapang dada -terus-menerus member nasihat walaupun diri terasa lemah dan belum mampu |
p/s: ini adalah 'jadual adabiyat' ana....blh saja kalian catitkan sebarang aktiviti yg telah kalian laksanakan ataupun masih dlm perancangan di dalam setiap ruangan tersebut...

No comments:
Post a Comment