WAJIB BERITTIBA’ KEPADA MANHAJ SALAF
Wajib berittiba’ kepada manhaj salaf terutamanya dari kalangan para sahabat kerana mereka golongan yang sangat berwibawa. Terkenal dengan kehebatan sahsiah, kebaikan budi-pekerti, kemuliaan akhlak dan Allah menganugerahkan mereka dengan kesempurnaan iman yang tidak dapat ditandingi oleh sekalian manusia.
Mereka telah berjaya memperjuangkan syariat, menghidupkan, mempertahankan dan menjaganya dari dicabuli oleh bid’ah atau kerosakan hawa nafsu. Mereka mengetahui sebab-sebab turunnya wahyu dan melaksanakan semua dalil-dalil mengikut kenyataan. Ayat-ayat turun pada asalnya tertuju kepada mereka sebelum ditujukan kepada orang-orang lain yang lahir kemudian sesudah mereka. Mereka asas (untuk merujuk) kefasihan (kesahihan Bahasa Arab) dan penjelasannya kerana wahyu turun menggunakan bahasa (lisan) mereka.
Rasulullah secara langsung terus menjelaskan segala masalah atau kemusykilan yang menimpa mereka. Allah Azza wa-Jalla berkali-kali memuji di dalam firmanNya dan merahmati mereka serta orang-orang yang berittiba’ (mengikut jalan) manhaj mereka. Ditinggikan darjat sesiapa yang mengikut mereka lantaran ketinggian darjat mereka[1]. Dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
عَنْ اَبِيْ سَعِيْدِ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهَ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ تَسُبُّوْا اَصْحَابِيْ ، فَلَوْ اَنَّ اَحَدكُمْ اَنْفَقَ مِثْلَ اُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ اَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيْفَهُ.
“Janganlah kamu mencerca para sahabat, seandainya salah seorang dari kamu berinfaq sebesar gunung Uhud, tidaklah ia mencapai ganjarannya satu mud (ukuran gandum sebanyak dua telapak tangan) makanan yang disedekahkan oleh salah seorang dari mereka dan bahkan tidak pula mencapai setengah mudnya”.[2]
Sebagaimana yang telah dijelaskan, manhaj bermakna “Jalan” atau صراط maka jalan yang wajib diikuti oleh setiap orang beriman ialah yang telah ditunjuk dan disediakan oleh Allah dan RasulNya agar kita tidak tergelincir dari mengikutinya. Itulah yang diperintahkan oleh al-Quran dan as-Sunnah:
وَاَنَّ هَذَا صِرَاطِيْ مُسْتَقِيْمًا فَاتَّبِعُوْهُ وَلاَ تَتَّبِعُوْا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ.
“Dan sesungguhnya inilah jalan Ku yang lurus maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalannya”.[3]
Maksud “Jalan Ku yang lurus” ialah: “Al-Quran, Islam dan fitrah yang Allah fitrahkan kepada manusia”. Dan maksud: “Janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)” ialah: “Hawa nafsu, perpecahan, bid’ah dan setiap yang baru yang diada-adakan”. Mujahid pula menafsirkan sebagai: “Bid’ah, syubahat-syubahat dan segala kesesatan”.[4]
Di dalam sebuah hadis, setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam membacakan ayat tersebut lalu baginda membuat garisan:
وَهُوَ يَمُرُّ بَاَصْبَعِهِ عَلَى الْخَطِّ الْمُسْتَقِيْمِ هَذَا صِرَاطُ اللهِ ثُمَّ اَشَارَ اِلَى الْخُطُوْطِ الْقَصِيْرَةِ مِنْ حَوْلِهِ فَقَالَ : هَذِهِ طُرُقٌ وَعَلَى رَاْسِ كُلِّ طَرِيْ
مِنْهَاشَيْطَانٌ يَدْعُوْ النَّاسَ اِلَيْهِ.
“Baginda membuat satu garis lurus dengan tangannya lalu baginda bersabda: Ini jalan Allah, kemudian menunjukkan ke beberapa garisan pendek di sekitar garisan tersebut maka baginda bersabda: Inilah jalan-jalan yang di setiap atas jalan tersebut terdapat syaitan yang mengajak manusia kepadanya (kepada syaitan)”.
Adapun garisan lurus yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah jalan yang ditafsirkan oleh baginda sebagai:
هِيَ مَا اَنَا عَلَيْهِ وَاَصْحَابِيْ
“Itulah (jalan) yang aku dan para sahabatku berada di atasnya (atau dimaksudkan juga: itulah jalanku dan jalan para sahabatku)”.[5]
مَنْ كَانَ عَلَى مِثْلِ مَا اَنَا عَلَيْهِ الْيَوْم وَاَصْحَابِيْ
“Sesiapa yang di atas contoh mengikut apa yang aku berada pada hari ini berserta para sahabatku”.[6]
Maka garisan yang digaris oleh Rasulullah itulah jalan yang dilalui oleh baginda dan para sahabat yang dinamakan sebagai “Manhaj Salaf”. Sesiapapun tidak akan keluar dari jalan tersebut kecuali orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya. Allah berfirman:
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَاتَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَشَآءَ تْ مِصِيْرًا.
Pastinya jalan orang-orang yang beriman yang dimaksudkan oleh ayat di atas ini ialah jalan Rasulullah dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jalan mereka. Malah penjelasan ini dikuatkan lagi dengan sabda baginda:
تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا اِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا ، كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِيْ ، وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَيَّ الْحَوْضِ.
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selagi kamu berpegang dengan keduanya kamu tidak akan disesatkan iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah RasulNya (hadis-hadis sahih) sampai keduanya datang kepadaku di Huudh”.[8]
Orang-orang yang mengikuti jalan atau berpegang teguh dengan apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah, mereka tidak akan sesat ke jalan yang menuju neraka iaitu jalan-jalan yang melencung ke sebelah kanan atau kiri. Kerana di atas setiap jalan-jalan yang bukan jalannya Rasulullah dan para sahabat, terdapat syaitan yang mengajak ke neraka. Maka jalan yang selamat itu hanyalah satu iaitu jalan Rasulullah yang dinamakan sebagai manhaj Salaf as-Soleh. Berkata Abu Hanifah rahimahullah:
عَلَيْكَ بِالأَثَارِ ، وَطَرِيْقَةِ السَّلَفِ ، وَاِيَّاكَ وَكَلُّ مَحْدَثَة ، فَاِنَّهَا بِدْعَةٌ.
Para Salaf as-Soleh yang terdiri dari para tabi’in, tabi’ut at-tabi’in serta para aimmatul huda (imam-imam salaf), semua mereka mengikut manhaj Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan jalan para sahabat. Mereka tidak merubah dan menggantinya dengan yang lain. Oleh kerana mereka mempertahankan manhaj ini, maka sunnah dan athar para sahabat masih terjaga sehingga sekarang. Sewajarnya kita mengikut jejak mereka untuk memelihara sunnah dari dicemari dan dicabuli oleh Ahli Bid’ah atau Ahli Ahwa.
Sesungguhnya jumhur Salaf as-Soleh membenci bid’ah, mereka lari dari semua pembuat bid’ah (Ahli Bid’ah) kerana semata-mata untuk memelihara yang asal iaitu berittiba’ kepada sunnah.[10]
JALAN ATAU MANHAJ YANG DIBENARKAN OLEH SYARA
Sesungguhnya hanya ada satu jalan sahaja yang dibenarkan oleh syara iaitu jalan yang dimaksudkan berupa manhaj sebagaimana yang tertera dalam ayat yang lalu iaitu manhaj yang telah dilalui dan ditunjukkan oleh Rasulullah kepada para Salaf as-Soleh yang disebut di dalam ayat sebagai: (سبيل المؤمنين) “Jalan orang-orang yang beriman”.[11]
Dengan jaminan Allah dan RasulNya, bahawa para salaf adalah manusia yang paling sempurna sehingga diredai, dicintai dan telah ditentukan sebagai penghuni syurga, mengapa kita tidak mahu mengikut manhaj mereka yang selamat yang disebut oleh Rasulullah sebagai manhaj Salaf as-Soleh?
Berittiba’ atau mengikut jalan-jalan selain jalannya orang beriman (selain manhaj para Salaf as-Soleh) maka semua jalan-jalan tersebut akan menjauhkannya manusia dari manhaj Rasulullah. Akibatnya ia akan mengikut jalan yang syubhat, hawa nafsu, perpecahan dan jalan-jalan yang di atasnya ada syaitan yang mengajak kepadanya. Sedangkan perbuatan seperti itu telah diharamkan oleh Allah. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:
وَلاَ تَتَّبِعُوْا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ.
Berhati-hatilah dari mengikut ucapan orang-orang yang tidak mengikut manhaj Salaf as-Soleh walaupun menggelar dirinya sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah kerana mereka gemar mengatakan dan beranggapan baiknya bid’ah (dianggap bid’ah hasanah) dalam agama atau membahagi-bahagikan bid’ah kepada beberapa bahagian. Mereka cuba mencantikkan bid’ah dengan hiasan kata-kata yang disusun indah dan mempersonakan. Mereka sebenar adalah musuh Allah, musuh nabi dan musuh orang-orang beriman. Allah berfirman:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِيْنَ اْلاِنْسِ وَالْجِنِّ يُوْحَى بَعْضُهُمْ اِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُوْرًا.
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu”.[13]
Sesungguhnya mereka telah dimisalkan dengan firman Allah dan perkataan RasulNya:[14]
كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ اَسْفَارَا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ
“Seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum tersebut”.[15]JALAN-JALAN YANG SYUBHAT
Orang-orang yang mengikuti jalan syubhat, mereka telah menyimpang dari jalan Allah. Tidak secara langsung telah meninggalkan jalan kebenaran atau hidayah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah, malah telah terkeluar dari manhaj Salaf. Dan orang-orang yang menyimpang dari jalan Allah yang dikenali sebagai jalan (manhaj) Salaf maka orang seperti ini telah menentang baginda. Perbuatan seperti ini telah diberi peringatan oleh Allah Ta’ala:
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَاتَوَلَّىوَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَ تْ مَصِيْرًا
“Dan orang-orang yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali”.[16]Menentang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah dengan mengikut jalan selain jalan (manhaj) orang-orang beriman. Ia termasuk amalan bid’ah dan perkara yang diada-adakan. Ia jalan yang tidak pernah diizinkan oleh Allah, RasulNya dan agamaNya. Dan ia tidak ada kenamengena dengan agama Allah.[17]
Maksud: “Jalan orang-orang yang beriman” adalah jalan (manhaj) orang-orang yang utama, orang-orang yang digelar sebaik-baik ummah yang berada di kurun yang terbaik. Mereka itulah yang dikenali sebagai Salaf as-Soleh. Oleh itu diwajibkan mengikut manhaj Salaf (salafiyah) kerana mereka adalah manusia yang paling utama. Mereka bertemu dan bersahabat dengan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, hidup dizaman turunnya wahyu, mereka sangat memahami dan menjiwai wahyu, mereka manusia yang paling tahu dan berilmu tentang Islam sehingga keilmuan mereka mengatasi seluruh ilmu manusia. Mereka anak murid Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan mereka adalah manusia yang paling kukuh imannya sebagaimana dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala:
آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ أُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُوْنَ.
“Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman”.[18]
Dengan ini amat jelas bahawa salaf, salafi atau salafiyah ialah:
“(Setiap orang yang beriman, pent.) yang meniti di atas jalan (manhaj) generasi awal dan sesiapa yang mencontohi mereka dalam mendapatkan ilmu, cara memahaminya dan cara naluri dakwahnya kepada manhaj ini. Ia tidak terhenti pada batas tarikh tertentu, malah wajib difahami bahawasanya ia (kekal berjalan) berterusan (tanpa henti-henti) melalui dalil-dalil yang kekal disepanjang hayat”.[19]
Berkata Imam al-Barbahari rahimahullah:
“Terkeluarnya seseorang dari manhaj Salaf as-Soleh pada mulanya bermain-main dengan bid’ah. Ingatlah, perbuatan bid’ah bermula dari bid’ah-bid’ah yang kecil, kemudian ia berterusan sehingga menjadi bid’ah yang besar! Begitulah setiap bid’ah yang telah berlaku dalam umat ini, pada mulanya ia diawali dengan yang kecil, ia kelihatan seperti kebenaran, maka dicantik-cantikkanya hal tersebut, yang terperangkap tidak berdaya keluar darinya sehingga dibesar-besarkannya. Akhirnya menjadi agama yang dianutinya”.[20]
HIZBULLAH HANYA YANG MENGIKUT MANHAJ RASULULLAH
Di setiap Negara Islam, di setiap tempat yang terdapat orang-orang Islam, di kalangan masyarakat Islam dan di mana sahaja wujudnya orang-orang Islam maka di situ pasti wujud kelompok (hizibi) yang mengatas-namakan golongan (hizbi) mereka sebagai hizbi Islami (hizbullah) atau parti Allah. Allah Azza wa-Jalla telah menjelaskan tentang adanya kelompok (hizbi) yang dibungkus atau diselimut dengan nama Islam tetapi tidak mengikut manhaj Salaf as-Soleh. Allah berfirman:
كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُوْنَ.
“Setiap kelompok (hizbi/parti) bangga dengan yang ada pada kelompoknya sendiri”.[21]Oleh kerana dalam Islam hanya mengizinkan satu hizbi, maka hanya hizbi yang mengikut manhaj Salaf sahaja yang beruntung, selamat dan diredai oleh Allah. Orang-orang yang beruntung, diberi nikmat dan diredai Allah bermula dari kalangan para sahabat, kemudian dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang mengikut manhaj para sahabat.[22]
Allah benar-benar telah meredai manhaj mereka. Malah sesiapa yang mengikut manhaj yang selamat ini telah dijamin masuk syurga dan dijamin juga sebagai kelompok (hizbullah) yang beruntung sebagaimana firmanNya:
رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ اُوْلَئِكَ حِزْبُ اللهِ اَلآ اِنَّ حِزْبَ اللهِ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ
“Allah reda terhadap mereka dan mereka merasa puas terhadap (limpahan rahmat)Nya. Mereka itulah golongan (hizbi) Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan (hizbi) Allah itu golongan (hizbi) yang beruntung!”.[23]Ayat di atas ini menjelaskan bahawa Allah meredai golongan (hizbullah) iaitu para sahabat dengan limpahan rahmat dan nikmat, begitu juga sesiapa yang berittiba’ kepada mereka. Untuk mengenal siapakah yang berada bersama golongan Allah dan dianggap hizbullah (hizbi Allah), lihatlah manhajnya, jika terkeluar dari manhaj Salaf as-Soleh (manhaj para sahabat yang telah diredai oleh Allah) kemudian mengikuti manhaj-manhaj yang lain maka mereka itu adalah hizbu as-syaitan yang merugi di akhirat kelak.
Allah telah mengkhabarkan tentang penghinaan Allah kepada berbagi-bagai hizbi yang telah diperangkap oleh syaitan (ditalbis oleh syaitan), sehingga lupa pada Allah dan menghina Rasulullah dengan cara meninggalkan manhaj yang telah dibina oleh baginda (manhaj Salaf as-Soleh). Sedangkan manhaj yang lurus ini telah diperjuangkan, dipelihara dan diteruskan oleh para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in setelah kewafatan baginda. Allah Azza wa-Jalla berfirman:
اِسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَاَنْسَاهُمْ ذِكرَ اللهِ اُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ اَلآ اِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُوْنَ . اِنَّ الَّذِيْنَ يُحَآدُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ اُوْلَئِكَ فِى اْلأَذَلِّيْنَ.
“Syaitan telah menguasai mereka lalu mejadikan mereka lupa mengingati Allah, mereka itulah golongan (hizbi) syaitan. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan (hizbi) syaitan itulah golongan yang merugi!. Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina”.[24]
Syaitan sentiasa berusaha supaya manusia sentiasa terkeluar dari Manhaj Salaf as-Soleh, agar sentiasa berada dalam golongan Ahli Bid’ah dan sentiasa dalam keadaan sesat. Namun, Allah akan menyelamatkan sesiapa yang berada di atas Manhaj Salaf as-Soleh. Allah telah mengkhabarkan tentang hal ini:
قَالَ رَبِّ بِمَآ اَغْوَيْتَنِيْ لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى اْلأَرْضِ وَلأُغْوِيَّنَّهُمْ اَجْمَعِيْنَ اِلاَّ عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِيْنَ
“Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya! Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis antara mereka”. [25]KEMULIAAN PARA TABI’IN
Tabi’in: Tabi’in (تابعين) berupa jama’. Mufradnya ialah tabi’i (تابعي) atau tabi’ (تابع). Menurut takrif dan kesepakatan Ulama Muslimin bahawa tabi’in ialah: Mereka yang bertemu dan bersahabat (berdamping) dengan sahabat yang lahir dan hidup dikurun yang mulia (قرن مفضلة) atau kurun yang terbaik (خير قرن).
Juga dikatakan tabi’in: Sesiapa yang bertemu dan meriwayatkan hadis. Atau pernah meriwayatkan hadis yang datang dari sahabat walaupun tidak pernah berdamping dengan mereka (para sahabat). Tetapi Abu Amru ibnu as-Solah dan Imam an-Nawawi serta selain mereka berdua hanya menerima pendapat yang pertama.[26]
Ahli Sunnah wal-Jamaah diwajibkan berittiba’ (mengikuti) manhaj tabi’in kerana ia juga merupakan manhaj para sahabat radiallahu ‘anhum (manhaj Salaf as-Soleh).
KEMULIAAN TABI’ UT AT-TABI’IN
Setelah beritttiba’ kepada manhaj para sahabat maka diikuti pula oleh yang kemudiannya iaitu manhaj para tabi’in (تابعين) dan seterusnya berittiba’ kepada tabi’i at-tabi’in (تابع التابعين). Tabi’i at-tabi’in adalah: Mereka yang berada dizaman selepas tabi’in.
Mereka menerima tarbiyah dan tasfiyah Islamiyah dari para tabi’in. Mereka pewaris ilmu dari tabi’in. Dan sesiapa sahaja dinamakan orang-orang salaf (salafi atau salafiyun) apabila berittiba’ kepada manhaj Salaf as-Soleh (sahabat, tabi’in dan tabi’iut at-Tabi’in dengan baik sehinggalah ke Hari Kiamat).
Syeikh Muhammad Nasruddin al-Albani rahimahullah mengatakan:
“Orang-orang yang hidup pada tiga generasi (para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in) itulah yang dinamakan salaf. Mereka merupakan sebaik-baik umat dan mereka juga merupakan umat terbaik dari seluruh umat yang ada. Mereka insan terbaik setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para nabi serta para rasul lainnya”.[27]
Walau bagaimanapun sewajarnya diambil perhatian, bahawa sesiapa sahaja yang menggabungkan diri mereka ke dalam manhaj salaf, yang terdiri dari Ahli Sunnah wal-Jamaah adalah manusia biasa, mereka tidak maksum. Namun kalangan mereka lebih dikenali sebagai siddiqin (terpercaya) dan syuhada”.[28] Mereka adalah ahli nikmat kerana Allah telah menjanjikan syurga kepada mereka.
[2]. H/R Bukhari dan Muslim.
[3]. Al-An’am. 153.
[4]. Lihat: Tafsir Mujahid. Hlm. 227.
[5]. Lihat: Mustadrak oleh Hakim. 1/128. Turmizi 5/26. No. 2641. Al-Ajiri dalam As-Syariah Hlm. 15-16. Disahihkan oleh Al-Bagawi dalam Syarah as-Sunnah. 1/213. Ibnul Jauzi dalam Talbisul Iblis. Hlm. 7. Ad-Dailamy dalam Al-Faidaus 3/439. No. 5347.
[6]. H/R Turmizi dalam Kitab Al-Iman. 2641. 5/25-26.
[7]. An-Nisa, 4:115.
[8]. H/R Malik dalam Muwata’. Hakim dalam Mustadrak. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahihul Jami’. No. 2937.
[9]. Lihat: السنن والمبتدعات hlm. 6. Muhammad Abdussalam.
[10]. Lihat: الامر بالاتباع والنهي عن الابتداع Hlm. 81. Jalalluddin as-Suyuti. Tahqiq Masyhur Hasan Salman.
[11]. Lihat: وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ An-Nisa. 4:115.
[12]. Al-An’am, 6:153.
[13]. Al-An’am. 6:112.
[14]. Lihat: السنن والمبتدعات hlm. 7. Muhammad Abdussalam.
[15]. Al-Jumaah. 62:5.
[16]. An-Nisaa’, 4:115.
[17]. Lihat: السنن والمبتدعات Hlm. ب – ج Muhammad Abdulssalam.
[18]. Al-Baqarah, 2:285.
[19]. Lihat: الصفات الالهية Hlm. 64. Muhammad Aman al-Jami.
[20]. Ibid.
[21]. Al-Mukminun. 57:23.
[22]. Di surah al-Fatihah ayat 7 Allah berfirman: صراط الذين انعمت عليهم “Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka”. Dimaksudkan: Orang-orang ialah para sahabat dan sesiapa yang mengikuti manhaj mereka yang dinamakan “Manhaj Salaf”.
[23]. Al-Mujadalah. 58:22.
[24]. Al-Mujadalah. 58:19-20.
[25]. Al-Hijr. 15:39-40.
[26]. Lihat: Lamahat Fi Usul al-Hadis. Hlm. 62. Dr. Muhammad Adim Soleh. Lihat: At-Taqrib wat-Taisir. Hlm. 94. An-Nawawi.
[27]. Lihat: Al-Hawi. 2/266.
[28]. Lihat: واقعنا المعاصر hlm. 21. Soleh bin Abdullah al-‘Uthaimin.
http://imamsyafie.com/component/content/article/34-akidah-a-manhaj/58-wajib-ittiba-kepada-manhaj-salaf
No comments:
Post a Comment